Julian Nagelsmann dilaporkan bersetuju untuk menyertai Bayern Munich menggantikan Hansi Flick. Dan beliau sudah menghantar permohonan penamatan kontrak lebih awal.

Flick akan meninggalkan Bayern pada akhir musim ini. Walaupun sebelum ini Bayern menyatakan bahawa perletakan jawatan Flick ditolak.

Flick kemudian tidak mahu membincangkan tentang perkara itu lagi. Dan beliau tidak memberikan jaminan akan terus kekal.

Flick musim lalu membantu Bayern menamatkan saingan dengan treble dan kemudian mencipta sextuple pada 2020.

bayern cwc

Laporan oleh Sky Jerman menyatakan bahawa, Bayern sudah sedia untuk menggantikan Flick yang dikaitkan dengan jawatan pasukan kebangsaan Jerman – menggantikan Joachim Low.

Bayern menginginkan pengurus pasukan yang kini menjadi pesaing kejuaraan musim ini dengan mereka, walaupun Bayern sudah terlalu hampir untuk juara.

Leipzig meminta Bayern membayar yuran perpindahan €25 juta untuk mendapatkan khidmat Nagelsmann. Jika ianya dipersetujui, maka Nagelsmann akan menjadi pengurus dengan nilai perpindahan tertinggi di dunia.

Digelar dengan nama baby Mourinho ataupun Mini Mourinho, Nagelsmann sedang hangat dikaitkan dengan Tottenham Hotspur.

Tetapi nampaknya destinasi beliau lebih kepad Bayern yang pada masa yang sama sudah mengesahkan pembelian bek tengah Leipzig, Dayot Upamecano beberapa bulan lalu.

Leipzig sudah bersedia dengan pelan untuk menggantikan Nagelsmann dengan Jesse March. Di mana pengurus tersebut sedang menguruskan kelab ‘adik’ Leipzig iaitu RB Salzburg sejak 2019 dan membantu kelab itu menang kejuaraan liga Austria dua musim berturut turut.

Nagelsmann pernah membantu Leipzig mara ke separuh akhir UCL musim lalu dan disingkirkan Liverpool di 16 akhir musim ini.

Flick sudah lama tidak sehaluan dengan Pengarah Sukan Bayern iaitu, Salihamidzic kerana beberapa polisi yang menghadkan kuasa pengurus termasuk dalam jual beli serta kontrak pemain.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Nagelsmann Mahu Tamatkan Kontrak Dengan Leipzig Dan Sertai Bayern

Piala Carabao: Tandukan Kejuaraan Laporte Buat Spurs Terus Derita Kemarau Piala Major

TERKINI: 3 Legenda Invincibles Sertai Daniel Eks Untuk Beli Arsenal Dan Singkir Kroenke