Leicester telah memberitahu Chelsea bahawa pemain bek kiri mereka, Ben Chilwell bukan untuk dijual.

Chelsea kini berusaha untuk mendapatkan Chilwell selepas dilaporkan berjaya mendapatkan Timo Werner dari RB Leipzig.

Chelsea memenangi persaingan mendapatkan Werner selepas Liverpool tidak mahu untuk membayar klausa perpindahan pada pemain tersebut.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa Chelsea turut meletakkan nama bek kiri Ajax, Nicolás Tagliafico dalam senarai jika perpindahan Chilwell gagal.

Laporan yang sama menyebut bahawa Chilwell berminat dengan tawaran oleh Chelsea kerana mendapat tahu Frank Lampard sangat menginginkan khidmatnya.

Chelsea mendapat dana perpindahan yang besar kerana mereka akan mendapat wang daripada klausa beli tetap Morata.

Dalam pada masa yang sama mereka juga mendapat wang daripada penjualan Eden Hazard sebelum ini yang hanya dibelanjakan pada Hakim Ziyech.

Selain daripada itu Chelsea mendapat wang yang banyak hasil daripada bayaran pinjaman pemain muda mereka di kelab lain serta ada yang dijual secara tetap.

Namun Leicester menyatakan bahawa Ben Chilwell bukan untuk dijual. Pemain tersebut menjadi sasaran utama Lampard.

Chelsea ketika ini memiliki Marcos Alonso dan Emerson Palmieri. Namun kedua dua pemain itu tidak menunjukkan konsistensi yang dituntut oleh Lampard.

Telegraph melaporkan Leicester tidak ada keperluan untuk menjual pemain itu.

Ianya selepas mereka menjana £170 juta hasil penjualan Kante, Riyad Mahrez dan juga Harry Maguire, masing-masing dijual ke Chelsea, serta dua kelab Manchester sebelum ini.

Chilwell beraksi cemerlang musim ini. Dan berjaya mendapatkan panggilan skuad kebangsaan.

Lampard sebelum ini sudah mendapatkan Hakim Ziyech dari Ajax pada Januari lalu.

Dan pemain itu akan menyertai mereka di atas padang pada musim hadapan.

Baca juga perkembangan lain dari eropah

EPL Janji Pertimbangkan Tuntutan Tunang Kashoggi Untuk Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle

Diego Costa Didenda RM2.63 Juta Kerana Penipuan Cukai

Spurs Pinjam RM941 Juta Dari Bank Of England Untuk Atasi Kerugian RM1.1 Billion