Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Legenda Perancis, Frank Leboeuf menasihati Kylian Mbappe agar terus kekal di PSG daripada menyertai Real Madrid.

Ini kerana menurut Leboeuf, Kylian Mbappe akan memiliki peluang lebih cerah memenangi UCL di PSG berbanding di Real Madrid.

Bekas pemain Chelsea itu merasakan bahawa, PSG akan menjuarai UCL tidak lama lagi.

Lebouef seterusnya menyatakan bahawa Real Madrid yang ada pada hari ini tidak seperti Real Madrid sebelum ini. Maka, Kylian Mbappe tidak perlu tertarik untuk menyertai mereka.

Lebouef berkata: “Saya berjumpa dengan Mbappe, dua bulan lalu ketika sesi pengenalan Lionel Messi dan saya memberitahu dia: Kylian, kamu cuma perlu melakukan perkara yang kamu tak akan sesali. Apa yang kamu mahu capai?”

“Cuba kamu fikir sekarang, kelab besar mana yang paling berpeluang cerah memenangi UCL? Man City, Liverpool, Bayern Munich, Chelsea, dan Paris St. Germain.'”

“Saya minta maaf, sebab saya menghormati Real Madrid, namun saya tidak nampak peluang Real Madrid memenangi UCL musim ini atau musim musim berikutnya.”

Leboeuf kemudian menambah, Real Madrid sangat bernasib baik kerana ada Karim Benzema. Jika tidak, kelab tersebut pastinya tidak akan digeruni sama sekali pada ketika ini.

“Nasib baik mereka masih ada Karim Benzema di barisan hadapan yang masih beraksi luar biasa. Tetapi ini tetap bukan Real Madrid yang kita kenali seperti dulu. Kamu tidak boleh menjuarai UCL hanya dengan sejarah kelab kamu.”

Baca juga artikel

Infantino Idam Negara Arab Jadi Rakan Israel Anjur Piala Dunia 2030

Fabrizio Romano: Newcastle Tak Berminat Dengan Coutinho

Barcelona: Sediakan €55 Juta Semusim Baru Boleh Bincang Nak Letak Nama Anda Depan Jersi Kami

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group