Penangguhan saingan Liga Malaysia susulan penyebaran wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada kantung kewangan pasukan masing-masing yang kebanyakannya bergantung kepada sumber penajaan dan hasil kutipan tiket.

Namun, pemain import Terengganu FC, Lee Tuck melakukan pengorbanan luar biasa apabila bersetuju untuk memotong gajinya dengan jumlah yang agak tinggi bagi membantu kewangan pasukannya.

Cerita ini didedahkan oleh ejen peribadinya, Effendi Jagan Abdullah melalui laporan dalam Arena Metro hari ini apabila Lee Tuck dua kali berubah fikiran atas dasar sayang pada Terengganu FC yang disertainya sejak tahun 2018.

“Pada awalnya Tuck setuju dengan pemotongan gaji selepas saya selaku ejen yang mewakilinya berbincang dengan pengurusan Terengganu FC.

“Tetapi selepas dia bangun tidur keesokan hari, dia menghubungi saya untuk tambah lagi dan menjadikan jumlah keseluruhan agak tinggi.

“Dia cakap, tambahan itu atas rasa tanggungjawab untuk membantu pasukan dalam mengharungi saat sukar ketika ini.

“Dia jelas sayangkan pasukan dan sanggup berkorban kerana memahami masalah Covid-19 yang bukan saja melanda negara ini tetapi seluruh dunia,” katanya.

Lee Andrew Tuck

FOTO: Anoktranungfc.com

Baru-baru ini, salah satu penaja pasukan Terengganu FC, GLE Centre Enterprise melalui kenyataannya dalam Berita Harian mengakui terkesan dari segi faktor kewangan jika liga terus ditangguhkan.

Effendi turut memberi nasihat kepada semua pemain yang berada dibawahnya untuk sama-sama membantu meringankan beban pasukan masing-masing dalam detik sukar dimana mereka berdepan situasi yang tidak pernah berlaku.

“Untuk pemain bawah saya, mereka semua saya beri nasihat dan pandangan supaya kita sama-sama membantu pasukan masing-masing dengan buat pemotongan gaji.

“Syukur, semua mereka faham dan setuju untuk buat pemotongan. Gaji mereka ini saya minta kepada pengurusan untuk boleh mula memotong April ini sehingga latihan rasmi pertama pasukan dijalankan,” tambahnya.

Baca artikel lain berkaitan dengan kesan penularan wabak COVID-19 sehingga menjejaskan saingan Liga Malaysia musim ini.

Ismail Zakaria Cadangkan MFL Ikut Jejak Langkah Belgium Batalkan Sahaja Liga Malaysia 2020

Melaka United Kerugian Setengah Juta Ringgit Kerana Penangguhan Liga Malaysia

AFC Gesa Pemegang Taruh Liga Malaysia Cari Jalan Tengah

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group