Pasukan Terengganu FC giat membuat persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila mengikat dua pemain import pasukan iaitu Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov untuk terus beraksi bersama naib juara Piala Malaysia 2018 itu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata pihak pengurusan pasukan setakat ini berjaya mengekalkan dua pemain import daripada saingan musim 2019 dan nasib dua lagi pemain iaitu Kipre Tchetche dan Thierry Cantha-Bin akan diserahkan kepada ketua jurulatih pasukan baharu yang bakal dilantik nanti.

Lee Tuck

Sanjar Shaakhmedov
Sumber Gambar: Terengganu FC

“Lee Tuck dan pemain tengah, Sanjar Shaakhmedov akan terus kekal bersama TFC kerana masih terikat dengan kontrak setahun lagi sehingga musim depan dan khidmat mereka juga masih ditagih bagi membantu pasukan mengharungi cabaran liga.

“Manakala dua lagi pemain iaitu Tchetche dan Cantha-Bin yang sudah bersama pasukan selama dua musim akan diserahkan sepenuhnya kepada ketua jurulatih baharu skuad Penyu yang akan diumumkan pada Kongres Biasa PBSNT Selasa ini,” kata Hishamuddin menurut laporan Berita Harian.

Lee Tuck

Hishamuddin Abdul Karim
Sumber Gambar: Terengganu FC

Tambah Hishamuddin, khidmat Tengku Hazman Raja Hassan tidak disambung pada musim hadapan dan PBSNT sudah menyiapkan pengganti bagi membimbing feeder club untuk TFC iaitu Terengganu FC II.

“Kita hargai jasa Tengku Hazman selama ini, tetapi PBSNT mempunyai perancangan lain untuk memastikan kesinambungan bola sepak negeri tercapai.

“Kontrak keempat-empat pemain import pasukan TFC ll iaitu Akanni Sunday, Bruno Suzuki, Dechi Marcel dan Serrhi Andrieive akan tamat tahun ini dan saya tidak mahu campur tangan sebaliknya juga menyerahkan kepada bakal jurulatih baharu,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu FC di sini:

Watford FC Berentap Dengan Pasukan Terengganu Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Pada 1982

Penjaga Gol Terengganu FC, Suffian Abdul Rahman Disahkan Meninggal Dunia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group