Dua pemain import pasukan Terengganu FC, Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov dikhabarkan bakal meninggalkan skuad Pantai Timur itu pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Tuck dikatakan mahu membawa haluan baharu setelah tiga musim bersama Terengganu, manakala Sanjar mendapat tawaran daripada kelab di luar Malaysia.

Tuck dan Sanjar sememangnya menjadi nadi utama Terengganu dalam dua musim terakhir dimana kedua-dua pemain menjadi enjin utama pasukan di bahagian tengah.

Malah, kecemerlangan Tuck berjaya menjadikan beliau sebagai ketua pasukan bagi menggantikan Kipre Tchetche sejak musim 2019 lalu, setelah penyerang dari Ivory Coast itu menampilkan prestasi kurang memberangsangkan.

Setakat ini, masih tiada pasukan yang dikaitkan dengan Lee Tuck mahupun Sanjar. Tetapi apa yang pasti, kedua-dua pemain ini bakal menjadi rebutan kerana kemampuan serta kualiti yang dimiliki.

Setakat ini, tiga pemain iaitu pemain import Asean, iaitu Faris Ramli dan dua pemain tempatan, Darren Lok dan D.Saarvindran telah meninggalkan pasukan.

Faris telah mengucapkan selamat tinggal kepada para peminat melalui laman media sosial Instagram miliknya pada semalam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Selangor Mahu Ambil Pemain Import Tiada Pengalaman Beraksi Di Malaysia

Liga Super Malaysia 2020 Catat Lebih 15 Juta Tontonan Hanya Untuk 7 ‘Matchday’ Sahaja Di Youtube

Taylor Regan Dan Rufino Segovia Ucap Selamat Tinggal Kepada Selangor

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group