Ketua pasukan Terengganu, Lee Tuck menyatakan beliau mempunyai hasrat untuk bersara di Malaysia terutama dengan pasukan yang beliau wakili ketika ini.

Menurut Tuck, beliau serta isteri, Georgia Madelela dan anaknya, Ruby Sofia berasa selesa tinggal di negeri itu yang terkenal dengan persisiran pantai dan pulau yang menarik, sekaligus menguatkan lagi semangat beliau untuk terus beraksi di liga Malaysia.

Lee Tuck
Lee Tuck

“Untuk jangka masa yang panjang, saya mahu kekal bermain di Malaysia terutama di Terengganu sehingga bersara daripada arena bola sepak.

“Saya gembira berada di negara ini, begitu juga isteri dan anak saya. Jadi tinggi harapan saya dapat beraksi selama yang boleh atau selagi khidmat saya diperlukan mana-mana pasukan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kontrak Lee Tuck bersama Terengganu akan berakhir pada hujung musim ini. Namun bekas pemain Negeri Sembilan itu yakin beliau masih mampu untuk menyumbang sesuatu serta sedia bersaing dengan pemain yang lebih muda.

Tuck menambah beliau semakin teruja untuk memulakan sesi latihan di padang selepas selesai ujian saringan COVID-19 pada Selasa lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

JDT Nafi Ada Kelab Eropah Mahu Dapatkan Pemain Mereka

Lima Pemain Malaysia Diintai Pasukan Dari Eropah

Media Thailand ‘Bersiul’ Kaitkan Diogo Dengan Perpindahan Ke BG Pathum United, Gaji RM548k Sebulan?