Pemain tengah Terengganu FC, Lee Andrew Tuck menegaskan beliau belum berputus asa dalam usaha menyarung jersi pasukan kebangsaan. Pemain kelahiran England itu kini sedang berusaha untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan bagi mendapat status warganegara Malaysia secepat mungkin.

Menurut Lee Tuck, sukar untuk menyediakan dokumen lengkap berhubung pertalian darah Malaysia keluarga ibunya dan kini beliau sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengumpulkan dokumen yang diperlukan.

“Masalah utama yang saya sedang hadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semua dokumen lengkap daripada sebelah nenek saya di United Kingdom dan saya sedang berusaha dapatkan sebelum tarikh tutup yang diberikan. Ia bukan satu proses yang mudah serta boleh selesai dalam sekelip mata.

“Sememangnya saya masih ingin beraksi bersama skuad kebangsaan cuma perkara seperti ini memakan masa dan harap ia mampu direalisasikan. Tetapi saya yakin semua itu akan selesai dalam masa terdekat dan hasrat peminat untuk lihat saya sarung jersi kebangsaan pasti akan tercapai, “ katanya menurut laporan Utusan.

Lee Tuck

Sumber Gambar: TFC

Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan TFC mengambil sikap sambil lewa dalam usaha untuk menukar status Lee Tuck kepada pemain naturalisasi. Namun, penolong pengurus TFC, Zulfadli Rozi memaklumkan Tuck gagal mengemukakan dokuman lengkap yang diperlukan untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Hal ini menyebabkan hasrat beliau untuk menyarung jersi skuad kebangsaan tertangguh.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group