Salah seorang calon pemain import Terengganu kini telah dikenal pasti apabila bekas pemain, Lee Tuck dilaporkan bakal menyertai pasukan secara pinjaman dari Sri Pahang.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Tuck digugurkan oleh Sri Pahang setelah kelab itu membawa masuk empat pemain import baharu pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Sebelum ini, ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menegaskan beliau mahu menggunakan khidmat lima pemain import setelah hanya menggunakan empat pemain sejak awal musim ini.

Beliau percaya Terengganu mampu untuk memberi cabaran yang sengit sekaligus kekal berada di kelompok teratas dalam carta Liga Super sekiranya menggunakan khidmat lima pemain import.

Lee Tuck
Sumber Gambar: Terengganu FC

Seorang lagi bekas pemain, Sanjar Shaakhmedov turut dikaitkan dengan kepulangan ke kelab Pantai Timur itu namun pemain Uzbekistan itu dikhabarkan bakal menyertai kelab Liga Super lain.

Lee Tuck menyertai Sri Pahang awal musim ini setelah kontraknya tidak disambung oleh pengurusan pasukan Terengganu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Sean Giannelli Harap Sinar Baharu Bersama UiTM FC

Isu Tunggakan Gaji Tinggi Tak Gambarkan Liga Malaysia Teruk

Sarawak United Sanggup Lepaskan Sandro Da Silva Secara Percuma