Prospek muda bola sepak Korea Selatan, Lee Kang-in semakin memperlihatkan apa yang dimiliki olehnya dalam saingan La Liga musim ini apabila berjaya melakukan 2 bantuan gol ketika pasukannya Valencia berdepan dengan Levante semalam.

Berusia 19 tahun dan 207 hari, Lee Kang-in berjaya memecahkan rekod sebagai pemain paling muda mencipta 2 bantuan gol untuk Valencia, dimana rekod sebelum ini dipegang oleh Juan Mata ketika berusia 20 tahun 150 hari.

Dalam perlawanan bertemu Levante tempoh hari, statistik dari Squawka menunjukkan bahawa Lee Kang-in telah berjaya untuk;

  • 2 bantuan gol
  • 4 key passes
  • 100% dribbling success
  • 94% passing success
  • 3 possession losses dalam 71 minutes

Pemain yang memenangi anugerah Golden Ball dalam kejohanan Piala Dunia Remaja U20 2019 ini juga dilaporkan pernah ditawarkan kontrak oleh gergasi Itali, Juventus  kira-kira setahun yang lalu namun pemilik kelab, Peter Lim menolak untuk melepaskan bintang muda dalam pembikinan itu.

Lee Kang-in menyertai akademi Valencia pada 2011 ketika berusia 10 tahun, dan pada 2017 beliau mula dipanggil menyertai skuad simpanan Valencia Mestalla seterusnya melakukan debut pada tahun sama.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Tonton Video Irvin Cardona Sumbat Gol Gaya ‘Shaolin Soccer’, Hikmat Tendangan Bola Diatas Angin

Sultan Selangor Beli Kasut Emas Khalid Jamlus, Bakal Dipamerkan Di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor

TMJ: 1 Atau 2 Penalti Untuk Terengganu Dan 1 Kad Merah Untuk Dominic Silva, Pengadil Gagal Kawal Perlawanan Dengan Baik