Meor Abdullah

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas pemain Chelsea, Frank Leboeuf beranggapan pemain pertahanan tengah Sevilla, Jules Kounde merupakan tambahan yang cukup berharga buat skuad kendalian Thomas Tuchel itu.

Chelsea yang merupakan pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21 juga dikatakan cukup berminat untuk membawa masuk pemain pertahanan berusia 22 tahun itu ke Stamford Bridge.

Difahamkan, Chelsea turut bersedia untuk melepaskan seorang lagi pemain pertahanan dari Perancis, Kurt Zouma sebagai pertukaran dalam usaha mereka untuk mendapatkan Kounde.

Kounde merupakan salah seorang pemain yang dilabel sebagai antara pemain pertahanan tengah berbakat besar di Eropah selepas beliau berjaya mendapat tempat di kesebelasan utama Sevilla pada tahun 2019.

Sehubungan dengan itu, Leboeuf yang beraksi bersama Chelsea bermula 1996 hingga 2001 itu melihat Kounde merupakan calon sesuai untuk memperkuatkan skuad berpengkalan di London tersebut.

“Dia [Jules Kounde] merupakan seorang pemain yang hebat,” ujar Leboeuf menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Dia ada segalanya. Dia juga merupakan seorang pejuang. Dia tidak pernah menyerah kalah [ketika beraksi]. Dia memiliki segalanya. Dia pasti mempunyai masa depan.”

“Mungkin kesempatan buat Chelsea untuk mendapatkannya bukan pada musim ini, tetapi musim hadapan.”

“Saya tidak tahu apa yang Jules Kounde mahukan dalam hidupnya, sekiranya dia bersedia untuk berada di bangku simpanan, itu terserah kepadanya. Ia akan menjadi pembelian yang cukup baik buat Chelsea,” tambah Leboeuf lagi.

Baca artikel-artikel lain yang disediakan untuk anda:

Dua Kelab La Liga Berminat Tandatangani Takefusa Kubo Secara Pinjaman

Peminat Villa Tak Rela Grealish Sertai Kelab Yang Tiada Sejarah & Wujud Sejak 10 Tahun Lalu

Chelsea Sedia Lancar Bidaan Ketiga Untuk Lukaku, ‘Straight Cash’ €120 Juta

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group