Liga bola sepak Thailand tidak keterlaluan untuk dilabelkan sebagai liga paling berprestij dan berkualiti tinggi dirantau Asia Tenggara.

Namun, sebuah laporan dari portal tersohor Thailand, BangkokPost mendedahkan bahawa lebih separuh daripada kelab dalam saingan Thai League 1 mengalami kerugian pada musim 2018.

Kelab-kelab bola sepak Thailand, mampu menjana pendapatan yang baik tetapi masih terkapai-kapai untuk mencatatkan keuntungan, menurut satu laporan dari firma kajian, The Economic Intelligence Center (EIC).

64841482_2256271657825948_2744597566590025728_o

Berdasarkan kajian EIC yang merupakan ‘reserach arm‘ kepada Siam Commercial Bank (SCB), pendapatan yang dijana oleh kelab divisyen teratas Thai League melonjak 16.5% dari 1.9 bilion Baht pada tahun 2014 kepada 3 bilion Baht musim 2018. Namun, Thai League masih lagi gagal merekodkan keuntungan apabila rugi 192 juta Baht tahun lalu, turun dari 255 juta Baht pada tahun 2014.

“Lebih dari separuh kelab dalam Thai League beroperasi dibawah paras kerugian pada tahun 2018,”

Musim 2018, 18 pasukan beraksi dalam saingan Thai League 1. Separuh daripada pendapatan pada 2018 didapati tertumpu kepada 3 buah kelab yang menamatkan saingan di 3 tempat teratas.

Tiada butiran lebih lanjut dilaporkan oleh EIC, tetapi 3 pasukan teratas musim 2018 adalah Buriram United, Bangkok United dan Port FC.

Purata kehadiran penonton di stadium pada musim 2018 pula adalah 4,515 orang setiap perlawanan dan telah meningkat kepada 5,800 orang berdasarkan kepada statistik semasa oleh Thai League.

thai league

Menurut SiamSport, peningkatan purata kehadiran penonton musim ini adalah disebabkan persaingan sengit dan lebih terbuka untuk merebut gelaran sebagai juara liga, dimana sebelum ini hanya menjadi milik Buriram United dan SCG Muangthong United selama 10 musim.

Pelbagai kajian dan inisiatif sedang dan akan dilakukan untuk mengatasi masalah kerugian ini di Thailand.

Di Malaysia pula, kita masih tidak tahu samada sesebuah pasukan itu mengalami kerugian atau memperolehi keuntungan kerana tiada sebarang maklumat dibuat samada oleh pihak pasukan sendiri atau pun dari pihak MFL.

Sumber