Syarikat sukan popular tempatan, Al-Ikhsan Sports mengesahkan lebih 5000 helai jersi Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) telah terjual sejak hari pertama jualan jersi baharu itu dibuka semalam.

Jersi TFC musim 2021 dilihat menggunakan rekabentuk yang berbeza berbanding sebelumnya dan jersi ‘Away’ dilaporkan paling laris ibarat pisang goreng panas kerana menggunakan warna yang cukup menawan.

155573308_3786651451416244_76233805741555158_o

Ia tampil dengan warna asas berbeza iaitu warna Burgundy yang berjaya menarik minat para pengumpul jersi dari dalam dan luar negara.

Ditambah pula dengan unsur tambahan warna emas pada kekemasan baju sudah cukup untuk menjadikan jersi ini sebagai antara ‘Jersi wajib dimiliki’ oleh para penyokong setia TFC.

cover-web-2
Jersi ‘away’ Terengganu FC 2021

Manakala jersi ‘Home’ TFC mengekalkan warna putih sebagai warna rasmi pasukan itu tetapi tetap ditambah dengan beberapa elemen menarik yang cukup eksklusif.

Penggunaan unsur jalur klasik pada jersi utama pasukan TFC menampilkan kelainan dengan jalur tersebut adalah merupakan permukaan (texture) kain dan bukannya menggunakan teknologi cetakan sublimition.

Ia boleh dikatakan rekaan eksklusif dengan unsur ‘vintage’ pastinya membuatkan para penyokong dan peminat pasukan TFC tidak sabar untuk memiliki jersi baharu pasukan TFC ini.

home-1-scaled
Jersi ‘Home’ Terengganu FC 2021

Secara kasarnya, lebih RM500,000 hasil jualan telah berjaya direkodkan sejak hari pertama penjualannya.  Jersi pasukan TFC ini boleh mula didapati di semua outlet Al-Ikhsan terpilih dan juga di TFC Merchandise Store.

Malah, kuantiti jersi TFC juga terhad ketika ini kerana mendapat permintaan tinggi daripada para peminat bola sepak tempatan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Thomas Dooley Terkejut Melihat Fasiliti Latihan Sri Pahang FC Yang Sangat ‘Miskin’

Tidak Sampai Satu Jam, Jualan ‘Online’ Jersi JDT 2021 Sudah Habis Dijual

Tan Sri Annuar Musa Dilantik Sebagai Presiden Kuala Lumpur United

Sarawak United Tukar Venue Rasmi Ke Stadium Hang Jebat