Laman Facebook rasmi pasukan kelab Eredivisie SC Heerenveen, telah berjaya menambahkan lebih 200,000 pengikut baru mereka sejak ketibaan pemain berusia 20 tahun dari Vietnam, Doan Van Hau.

Kini laman sosial mereka itu sudah memiliki 291,000 pengikut secara keseluruhan, dan majoriti dari mereka adalah dari Vietnam yang teruja untuk mengikuti perkembangan terbaru pemain muda berpotensi besar itu.

Berdasarkan pemerhatian, sehingga hujung bulan Ogos lalu, laman Facebook SC Heerenveen hanya mempunyai sekitar 70,000 pengikut sahaja. Ini bermakna dalam tempoh 3 hari, sekitar 220,000 pengikut baru telah membanjiri laman sosial mereka itu.

Screenshot 2019-09-04 at 7.36.53 PM

Menurut laporan media Vietnam juga, semasa majlis memperkenalkan Doan Van Hau secara rasmi tempoh hari yang disiarkan secara langsung melalui Facebook berjaya menarik tontonan mencecah sehingga 1 juta orang.

Di ruangan komen juga tidak ketinggalan dimana beribu-ribu komen dalam bahasa Vietnam ditinggalkan dan ini menjadi bukti kukuh bahawa hampir kesemua pengikut baru itu adalah dari Vietnam.

Ketika sidang media rasmi pengenalan Doan Van Hau diadakan, lebih 14,000 komen ditinggalkan dan hampir semuanya dalam bahasa Vietnam! Mungkin selepas ini, SC Herenveen akan megemaskini status mereka menggunakan bahasa Vietnam pula.

Doan Van Hau, merupakan pemain kelab Hanoi FC yang telah melayakkan diri ke perlawanan akhir peringkat Inter-zone dalam saingan AFC Cup 2019, berhijrah ke kelab Eredivisie itu secara pinjaman selama 1 musim dengan pilih perpindahan secara kekal.

Beliau juga diberikan pelepasan khas oleh kem pasukan kebangsaan Vietnam untuk menghadiri ujian perubatan serta menandatangani kontrak secara rasmi di Belanda sebelum kembali menyertai pasukan bagi pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

nguyen-cong-phuong-stvv-sint-truidense-vv-2019_b5ykyvsy5llf1l5mkx12sb9ab

Sebelum ini, ketika Nguyen Cong Phuong menyertai kelab Sint Truiden VV (STVV) dari Hoang Anh Gia Lai (HAGL FC), laman sosial Facebook STVV juga dilaporkan mengalami peningkatan pengikut baru yang mendadak lebih 100% dari bilangan sebelum ketibaan Cong Phuong.

Artikel dibawah ini juga ‘bersembang’ mengenai pemain-pemain Vietnam di eropah.

Bek Kiri Vietnam, Doan Van Hau Sah Sertai Kelab Eredivisie SC Heerenveen

Impak Kemasukan Nguyen Cong Phuong, Jumlah Pengikut Laman Sosial Sint-Truidense VV Naik Mendadak