Skuad kebangsaan Lebanon dilihat tidak akan memberikan laluan mudah kepada pasukan negara dalam perlawanan terakhir kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 hari ini.

Walaupun skuad Lebanon telah sah akan beraksi dalam kejohnan paling berprestij di Asia itu, mereka sekarang cuba untuk menempatkan pasukan Lebanon dalam balang undian yang lebih tinggi untuk mengelak diundi bersama beberapa pasukan kuat Asia lain.

Undian peringkat kumpulan kejohanan Piala Asia 2019 akan bergantung kepada kedudukan ranking FIFA yang akan diumumkan pada 12 April 2018 nanti. Oleh yang demikian, semua pasukan akan cuba untuk memenangi perlawanan untuk berada di ranking yang lebih baik.

Balang #1 Undian Piala Asia 2019

5 dari 6 pasukan untuk balang #1 undian Piala Asia 2019 telah pun diisi oleh UAE (tuan rumah), Iran, Australia, Jepun dan Korea Selatan.

2 pasukan Palestin dan Arab Saudi masih bersaing hebat untuk merebut 1 lagi slot dalam balang #1 undian Piala Asia 2019.

Palestin: Perlu menewaskan Oman dan berharap Arab Saudi tidak berjaya menewaskan Belgium.

Arab Saudi: Akan berada dalam balang #1 sekiranya, Palestine seri atau tewas kepada Oman.

Balang #2 Undian Piala Asia 2019

Sehingga sekarang hanya China dan Syria sahaja yang telah sah berada dalam balang #2.

Arab Saudi, perlu menunggu keputusan perlawanan bertemu Belgium dan keputusan Palestin bertemu Oman untuk mengesahkan kedudukan samada dalam balang #1 atau balang #2.

Pasukan lain yang masih berpeluang untuk berada dalam balang #2 adalah Iraq, Lebanon, Uzbekistan, India, Kyrgyzstan, Oman dan Vietnam.

Kedudukan Pasukan Dalam Balang Undian (Ramalan)

2018-03-27_9-08-41

Kepentingan Ranking FIFA Dalam Undian Kejohanan

Disini kita dapat lihat sejauh mana pentingnya ranking FIFA sesebuah negara apabila mahu menyertai sesebuah kejohanan bertaraf tinggi.

Undian peringkat kumpulan kejohanan Piala Asia 2019 akan menggunakan kemaskini ranking FIFA April 2018 yang akan diumumkan pada 12 April nanti. Sebarang keputusan yang buruk akan memberikan impak kepada pasukan terutama kedudukan balang undian yang menentukan lawan dalam peringkat kumpulan nanti.

Ia adalah bukan satu perkara yang mudah dan cepat untuk dicapai, tetapi memerlukan usaha yang berterusan untuk melonjak ke kedudukan yang lebih tinggi seterusnya memberikan kelebihan kepada pasukan apabila tiba masanya.