Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez secara rasmi diumumkan oleh pihak AFC sebagai salah seorang pemain terbaik seterusnya tersenarai dalam kesebelasan terbaik bagi perlawanan ke-6 AFC Champions League 2022.

Impak serta kerja keras Leandro Velazquez dalam perlawanan peringkat kumpulan musim ini sememangnya menjadi salah satu nadi utama kepada pasukan sehinggakan JDT berjaya menjuarai kumpulan I dan layak ke peringkat kalah mati AFC Champions League buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Jika diperhatikan dari senarai yang dikeluarkan oleh pihak AFC semalam, ada 2 lagi pemain dari kelab Asia Tenggara yang berada dalam kesebelasan terbaik tersebut iaitu Song Ui-young (Lion City Sailors) dan Nguyen Huu Tuan (HAGL).

Sejak kempen AFC Champions League 2022 bermula kira-kira 3 minggu lalu, Leandro Velazquez merupakan pemain JDT pertama tersenarai dalam kesebelasan terbaik tersebut dari kesemua 6 perlawanan berlangsung.

Pastinya, ia satu pencapaian yang menakjubkan kerana bukan satu perkara mudah untuk dipilih dari kumpulan yang dianggap sebagai kumpulan maut AFC Champions League 2022 Asia Timur.

Tahniah untuk Leandro Velazquez dan JDT. Selamat maju jaya untuk perlawanan bertemu Urawa Reds Diamond pada bulan Ogos nanti!

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

JDT Raih RM914,526 Untuk Bonus Peringkat Kumpulan Dan RM435,488 Layak Ke Peringkat Kalah Mati

JDT Muncul Pasukan Paling Banyak Kumpul Mata AFC MA Ranking Dalam Peringkat Kumpulan Seluruh Asia

“Rasa Macam Raja, Tak Dapat Macam Ni Di Jepun!” – Penyokong Frontale Teruja Lihat Polis ‘Escort’ Bas Pemain