Pasukan Perak memulakan langkah bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan dimana Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) telah memuktamadkan kontrak beberapa pemain tempatan dan juga import.

Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan pihaknya hanya mengekalkan dua pemain import iaitu Leandro Dos Santos serta seorang lagi pemain iaitu Careca daripada skuad musim lalu. PAFA akan menandatangani dua lagi pemain import dalam masa terdekat dan memilih untuk tidak mengisi kuota pemain import Asean.

Leandro Dos Santos
Sumber Gambar: MFL

“Saya sangat bersyukur ada dalam kalangan pemain tempatan menandatangani kontrak semula dan kita masih ada lagi pemain import (yang akan diambil).

“Kita ada perancangan ambil pemain import lain tetapi tak boleh diumumkan. Saya secara peribadi merasakan pemain sedia ada sudah mencukupi tetapi mungkin jurulatih merasakan perlu ada pertambahan pemain untuk menguatkan bahagian tertentu kita akan bagi,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Leandro Dos Santos
Shahrul Saad

Selain mengekalkan Leandro dan Careca, PAFA turut mengekalkan khidmat beberapa pemain tempatan yang menjadi nadi pasukan pada musim 2019 seperti ketua pasukan, Shahrul Saad dan pemain sayap, J.Partiban. Pemain lain seperti Firdaus Saiyadi dan Nazirul Naim dikhabarkan turut kekal bersama Perak musim hadapan.

Akan tetapi, juara Piala Malaysia 2018 itu turut kehilangan khidmat pemain penting yang lain seperti Nor Hakim Hassan, Brendan Gan yang menyertai Selangor serta Nasir Basharuddin yang menyertai Terengganu FC.

Baca artikel lain mengenai pasukan Perak di sini:

Brendan Gan Sah Tinggalkan Pasukan Perak

Bekas Kapten Perak, Nasir Basharudin Perkuatkan Terengganu FC Musim Depan

Masa Depan Mehmet Durakovic Bersama Perak Cetus Tanda Tanya