Presiden FFF Noel Le Graet terpaksa letak jawatan hanya beberapa minggu selepas Perancis tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia berikutan beberapa siri kontroversi.

Keputusan itu diambil berikutan mesyuarat tergempar FFF di Paris.

Le Graet memang dikaitkan dengan beberapa siri salah laku. Namun komentarnya tentang Zidane baru baru ini menjadi kemuncak kepada perletakan jawatannya.

Ini kerana dia mendapat tekanan kuat dari ahli persatuan FFF sendiri.

“Noel Le Graet, dengan persetujuan dengan jawatankuasa eksekutif FFF yang berkumpul hari ini di Paris, telah memilih untuk berundur daripada jawatannya sebagai presiden sehingga selesai audit yang dijalankan oleh kementerian sukan,” kata FFF dalam satu kenyataan.

Pegawai Persekutuan Bola Sepak Perancis meminta Noel Le Graet berundur mengenai komen kepada Zidane. Dia turut hilang kelayakan untuk mempertahankan jawatannya selepas ahli lembaga FFF mendesak namanya disingkirkan.

Le Graet, yang tempoh dia menjadi presiden akan tamat pada 2024, sebelum ini mendapat tekanan untuk meletakkan jawatan selepas dia dikaitkan dengan dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa pekerja wanita FFF.

Namun dia menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya.

Le Graet yang berusia 81 tahun itu turut menerima kritikan daripada pemain, bekas pemain, legenda bola sepak dan ramai tokoh di Perancis berhubung komennya terhadap legenda dan ikon bola sepak Perancis Zinedine Zidane.

Le Graet berkata dia tidak akan mengangkat telefon untuk menemubual Zidane. Dia menjawab seperti itu ketika ditanya kemungkinan Zidane akan menjadi jurulatih Perancis selepas menyambung kontrak Didier Deschamps.

Le Graet malah mendedahkan bahawa Zidane beberapa kali bercapa dengannya untuk membincangkan jawatan pengurus pasukan kebangsaan Perancis.

Dia turut mendedahkan dalam FFF, ramai penyokong Zidane yang mahu Deschamps digantikan.

Sebelum ini L’Equipe melaporkan bahawa, FFF yang diketuai Le Graet sudah berjanji dengan Zidane bahawa legenda itu akan tetap menjadi pengurus baharu Perancis bermula 2023 walaupun Deschamps membantu Perancis menjurai Piala Dunia 2022 sekalipun.

Perkara itu dikatakan antara punca Zidane menolak banyak tawaran lain, dari kelab dan pasukan kebangsaan kerana menunggu jawatan di Perancis.

Kylian Mbappe dan Hugo Lloris antara pemain yang lantang mengecam tindakan Le Graet sebagai tidak matang dan biadap dengan legenda sejati bola sepak Perancis, Zinedine Zidane.

Real Madrid turut tampil membuat kenyataan mengkritik tindakan Le Graet ke atas bekas pengurus dan legenda kelab mereka.

Beberapa pihak di FFF juga dilaporkan berang, kerana Le Graet dilaporkan oleh L’Equipe tidak mengadakan perbincangan dengan mereka, sebelum menyambung kontrak Deschamps sehingga 2026.

Mereka benar benar gembira Le Graet letak jawatan sebagai presiden FFF.

Le Graet ialah bekas datuk bandar Guingamp dan bekas presiden kelab bola sepak Guingamp yang di bawah bimbingannya memenangi Piala Perancis 2009. Beliau memegang jawatan sebagai Presiden FFF pada 2011.