PSG memulakan kempen mempertahankan kejuaraan mereka dengan kekalahan di tangan musuh ketat, Marseille dalam aksi Le Classique.

PSG turun tanpa 7 tonggak utama mereka dalam perlawanan sebelum ini ketika tewas di tangan Lens. Namun Thomas Tuchel tetap memiliki set pemain yang bagus.

Dan kali ini beliau mengalu alukan kepulangan 4 tonggak regular beliau.

Seperti yang dijangka, aksi kedua dua pasukan sarat dengan insiden panas. Bintang PSG, Neymar dibuang padang pada lewat aksi.

Skuad bimbingan Andre Villas Boas membalas dendam kekalahan 4-0 mereka dalam aksi terakhir Le Classique pada musim lalu.

Perlawanan kali ini dihadiri oleh penyokong dengan jumlah yang dihadkan.

Florian Thauvin melakukan voli cantik pada minit ke-31 untuk menjadi pemisah dan gol kemenangan Marseille.

Payet sebelum ini memperlekehkan PSG selepas kekalahan mereka di tangan Lens, telah menjadi pencipta gol dengan satu hantaran cantik.

Pengadil terpaksa melayangkan kad disiplin termasuk kad merah selepas insiden yang mengejutkan pada akhir perlawanan. Neymar mendakwa pemain Marseille melakukan serangan rasis.

Berlaku pergaduhan di antara kedua dua pihak. Yang membuatkan Neymar, menjadi salah seorang pemain dibuang padang.

Leandro Paredes memberikan reaksi yang agak ganas kepada rakan senegara dari Argentina, Dario Benedetto. Dengan Layvin Kurzawa dan Jordan Amavi juga turut terlibat dalam pergaduhan.

Steve Mandanda melakukan beberapa aksi menyelamat luar biasa untuk menafikan percubaan dari Marco Verratti

Selain itu Madanda turut menafikan percubaan bahaya daripada Pablo Sarabia dan Neymar dalam perlawanan ini.

PSG juga menyaksikan satu gol mereka dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid.

Selepas tamat perlawanan, Neymar menyatakan dia tak menyesal dengan reaksi barannya di atas padang. Kerana penyesalannya cuma tak menumbuk muka Alvaro.

Kes ini pastinya memerlukan Ligue 1 untuk melancarkan siasatan.

Neymar juga mendakwa Alvaro memanggilnya monyet dan beberapa perkataan kesat lain.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Diego Simeone Positif Covid-19

Highlight EPL: Hatrik Salah Bantu Liverpool Kalahkan Leeds Dalam Aksi Sengit

EPL: Willian Punca Kesemua Tiga Gol Arsenal