Situasi koronavirus yang melanda dunia membuatkan SOP di semua sektor harus dipatuhi terutama sekali di Itali, negara Eropah yang paling teruk terjejas kerana wabak tersebut.

Namun pada hari ini ada pasukan besar di Itali iaitu Lazio didakwa menipu berkaitan dengan ujian covid-19.

Kini Lazio berdepan dengan hukuman penyingkiran dari Serie A gara gara melanggar protokol keselamatan yang sudah ditetapkan.

Thomas Strakosha, Lucas Leiva, dan Ciro Immobile diuji positif untuk virus covid-19.

Namun, ketiga-tiga pemain tersebut mengambil bahagian dalam aksi kemenangan 4-3 ke atas Torino.

Sedangkan sebelum itu mereka diuji positif Covid-19 dan dilarang untuk beraksi dalam saingan UCL berdepan dengan Club Brugge.

Biasanya tempoh kuarantin diri sendiri berlangsung selama 14 hari, tetapi entah bagaimana Strakosha, Lucas Leiva, dan Immobile dapat bermain hanya selepas 3 hari selepas disahkan positif.

Alasan Lazio kerana selepas itu mereka menjalankan satu lagi ujian swab dan mendapati ketiga tiga pemain itu negatif, sama seperti semua pemain lain dalam skuad mereka.

FIGC telah bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan Itali dan beberapa kali bertanya kepada presiden Claudio Lotito dan pakar perubatan kelab, Ivo Pulcini.

Sekiranya pertuduhan melanggar peraturan itu benar, maka Le Aquile boleh dikenakan denda, pemotongan mata dan bahkan penyingkiran serta merta

Nasib Lazio, yang diturunkan dari Serie A dari Itali ke Serie B, pasti akan menjadikan skandal Calciopoli 2006 berulang. Walaupun dia skandal berbeza, namun ia tetap penyingkiran kerana penipuan.

Paling mengecewakan Presiden Lazio, Claudio Lotito membandingkan virus covid-19 dengan bakteria pada kemaluan perempuan.

Ramai peminat bola sepak Itali mahu melihat adakah FIGC akan bertindak tegas ke atas Lazio?

Baca juga perkembangan lain

Guardiola Sahkan Aguero Tak Akan Beraksi Berdepan Liverpool

Solskjaer Yakin Dia Orang Paling Tepat Kendalikan Kelab Terbesar Di Dunia

UEL: Arsenal Bangkit Menang 4-1, Molde Tersumbat 2 Gol Ke Gawang Sendiri