Bekas penyerang import pasukan Pahang, Lazarus Kaimbi kembali ke saingan Liga Malaysia apabila beliau sah menyertai Kelantan bagi menggantikan Christopher Jackson.

Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dimana badan itu menyatakan Jackson terpaksa digantikan kerana masalah kecederaan lateral meniscus di bahagian lutut kanan sekaligus bakal berehat panjang.

Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata pemain berkenaan mendapat kecederaan ketika membantu Kelantan meraih kemenangan 3-2 pada aksi persahabatan menentang PJ City baru-baru ini.

“Sebelum bersama TRW, pasukan perubatan telah melakukan pemeriksaan rapi ke atas pemain itu dan mendapati dia bebas daripada kecederaan lampau.

“Namun, malang menimpa Jackson apabila dia mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut (menentang PJ City),” katanya.

Sejurus menyertai skuad The Red Warriors, Lazarus Kaimbi baru-baru ini diturunkan pada perlawanan menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana musim 2020.

Lazarus Kaimbi
Sumber Gambar: KAFA

Skuad kendalian Yusri Che Lah berjaya meraih satu mata selepas mengikat The City Boys dimana Lazarus menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti pad separuh masa kedua.

Pada perlawanan Liga Perdana seterusnya, Kelantan akan turun berdepan pasukan UKM FC.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Pasukan Kelantan Bakal Lancarkan 4 Lagi Jersi Musim 2020, Menjadikan Jumlah 6 Jersi Secara Keseluruhannya

Bekas Pemain Felda United, Masaki Watanabe Sertai Pasukan Kelantan?

Kelantan Punya Potensi Untuk Cabar Kejuaraan Liga Perdana 2020