Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejurus tamat perlawanan separuh akhir pertama saingan TM Piala Malaysia 2021 diantara Terengganu bertemu JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, semua pengadil dan pegawai perlawanan bertugas dihamburkan kata-kata tidak puas hati penonton ketika menuju pintu masuk bilik persalinan.

Sejurus wisel penamat ditiupkan, rata-rata penyokong semua tidak senang duduk dengan prestasi pengadil yang dilihat sebagai pengecut untuk melayangkan kad kepada beberapa pemain selepas insiden yang berlaku.

Ini telah menimbulkan perasaan marah terutamanya kepada penyokong Terengganu semalam. Video dibawah ini menunjukkan bagaimana laungan “Ref Bodo!” serta balingan botol ditujukan kepada pengadil dan pegawai perlawanan semalam.

Balingan botol itu sebenarnya ”melintas” diatas kepala, nyaris terkena beberapa pemain serta staf pasukan JDT yang berada ditempat duduk seperti Adam Norazlin dan juga Akhyar Rashid.

Seperti yang dinyatakan oleh TMJ dalam Twitter semalam, prestasi pengadil semalam iaitu sememangnya teruk.

Mohon pihak FAM dan MFL cari jalan penyelesaian jangka pendek dan juga jangka panjang jika mahu saingan Liga Malaysia bertambah baik.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

TMJ: “Kalau Setakat Upgrade Fasiliti Sikit, Jual Baju Dan Buat Video, Real Chukai FC Pun Boleh Buat.”

CEO Kedah FA Nasihat Alistair Edward Semak Semua Fail Kes, Kedah FA Ada Hak Pampasan Akhyar Rashid

Video ‘Pitch Invasion’ Penyokong Kuala Lumpur City Selepas Kalahkan Selangor Bakal Mengundang Padah

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group