Latihan pusat pasukan kebangsaan tetap dijalankan meskipun perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada Mac ini dibatalkan kerana penularan wabak Coronavirus (Covid-19).

Perkara ini disahkan oleh pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dimana beliau menjelaskan latihan pusat tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus menjadi persediaan untuk menghadapi Vietnam pada 31 Mac nanti.

Latihan Pusat

“Perlawanan yang tak berkaitan dengan Covid-19 punya halangan akan diteruskan, cuma negara-negara yang ada membuat sekatan perjalanan saja kemungkinan akan ditangguhkan.

“Kalau tak ada sekatan perjalanan negara contohnya macam Vietnam dan Malaysia, rasanya perlawanan akan diteruskan seperti biasa,” kata Datuk Yusoff menurut laporan Harian Metro.

Latihan Pusat
Aksi Syafiq Ahmad dan Corbin Ong dalam perlawanan bertemu UAE.

Tambah Datuk Yusoff, Konfedersi Bola Sepak Asia (AFC) akan bermesyuarat pada Isnin ini bagi memutuskan status aksi Malaysia menentang UAE serta beberapa aksi membabitkan pasukan dari rantau Asia Barat dalam saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Penularan wabak Covid-19 telah menjejaskan saingan liga di negara Asia lain seperti Jepun dan Korea Selatan dimana saingan liga domestik terpaksa ditunda ke satu tarikh yang bakal diberitahu kelak.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Luqman Hakim Tunda Penerbangan Ke Eropah Ekoran Penularan Wabak Covid-19

Safiq Rahim Harap Liridon Krasniqi Tunjukkan Kemampuan Sebenar Dalam Skuad Kebangsaan

Tan Cheng Hoe Mahu Nilai Prestasi Liridon Krasniqi Dalam Liga Super Sebelum Panggil Ke Skuad Kebangsaan