Joan Laporta adalah salah seorang daripada tujuh calon presiden Barcelona. Dan beliau dilaporkan mahukan Klopp di Nou Camp.

Calon presiden Barcelona Joan Laporta dilaporkan akan cuba sedaya upaya untuk melantik pengurus Liverpool, Jurgen Klopp di Nou Camp jika dia berjaya dalam pilihan raya akan datang.

Gergasi La Liga itu akan memilih presiden baru setelah pengunduran diri Josep Maria Bartomeu minggu lalu berikutan tentangan daripada ahli kelab yang melakukan undian tidak percaya ke atasnya.

Laporta – merupakan presiden Barca antara tahun 2003 dan 2010 – menghadapi persaingan dari enam yang lain untuk memimpin Blaugrana, dengan Victor Font yang menjadi calon pilihan awal untuk posisi itu.

Laporta sebelum ini menyatakan hasratnya untuk membawa Pep Guardiola kembali ke kelab, tetapi nampaknya telah mengubah pandangan beliau.

Guardiola sentiasa menjadi watak yang diinginkan peminat Barcelona. Namun pengurus itu dilihat kurang sesuai dengan situasi semasa Barcelona yang perlu bangkit daripada krisis kewangan melanda kerana koronavirus.

Di mana Guardiola terkenal dengan cara berbelanja beliau yang sangat besar. Lalu tumpuan terarah kepada Klopp.

Itu tidak bermakna Laporta tidak mahukan Guardiola. Beliau dikatakan menjadikan nama Klopp dan Guardiola dalam senarainya. Berbanding dengan Font yang dilihat mahukan Xavi Hernandez.

Malah outlet media Sepanyol, Okdiario, melaporkan bahawa Laporta terdesak inginkan Klopp memimpin Barcelona.

Laporan itu mengatakan Laporta melihat pengurus dari Jerman sebagai orang yang tepat untuk membangunkan dinasti baharu di kelab dengan cara yang sama seperti beliau lakukan di Borussia Dortmund dan Liverpool.

Kontrak Liverpool Klopp ketika ini sudah dilanjutkan pada tahun lalu dan akan tamat pada musim panas 2024.

Laporta bukan calon tunggal yang mahukan Klopp di Barcelona.

Sebelum ini Jordi Farre juga menyatakan perkara yang sama beberapa bulan lalu.

Baca juga perkembangan lain

Tewas Kerana Pertahanan Barai, Solskjaer Laung Amaran Bangkit Berdepan Everton Sabtu Ini

UCL: Real Madrid Catat Kemenangan Sulung, Inter Terus Gagal

UCL: Liverpool Belasah Atalanta, Jota Hatrik!