Presiden Barcelona, Joan Laporta menyatakan bahawa, beliau perlu membuat keputusan untuk kelab. Di mana menurutnya Barcelona lebih penting daripada Messi dalam situasi semasa.

Jika Barcelona mahu meneruskan untuk melanjutkan kontrak Messi, ianya membuatkan kelab menanggung kesannya selama 50 tahun.

Barcelona rasminya mengesahkan Messi tidak dapat ditandatangani menjelang musim baru La Liga kerana FFP menyekat usaha itu atas sebab had maksimum kadar gaji pemain yang ditetapkan La Liga.

Walaupun perjanjian terbaru dalam ekuiti La Liga dilihat bakal menambahkan lagi pendapatan kelab, dan mmberikan kemungkinan Messi masih ada peluang untuk bermain semula di Barca, namun Barca menegaskan bahawa kelab tidak mahu mengorbankan wang daripada penyiaran hanya untuk Messi.

Laporta berkata: “Saya tidak boleh mengambil keputusan yang membuatkan kelab menanggung akibatnya selama 50 tahun.”

Kerosakan Era Bartomeu, Barcelona Berisiko Muflis, Hutang Meningkat Kepada €1.2 Billion

“Kelab ini sudah berusia lebih 100 tahun dan ianya lebih besar daripada sesiapa sahaja dan segalanya. Dan ianya malah lebih besar daripada pemain terbaik di dunia. Kami akan sentiasa berterima kasih ke atas beliau di atas segala yang beliau telah lakukan untuk kami.”

“Dalam usaha menyokong prinsip fair play, kami harus mengambil langkah ini atau mengambil keputusan yang meletakkan kelab dalam risiko. Kami tidak boleh meneruskannya dan keputusan harus dibuat, dan kami sudah memutuskannya.”

Messi sebelum ini sudah mempersetujui kontrak 5 tahun dengan pengurangan gaji sehingga 50%. Namun usaha itu masih tidak mampu mengurangkan kadar gaji Barcelona agar ianya berada di paras ditetapkan FFP.

Laporta menambah: “Leo nak terus kekal di sini, jadi dia tidak gembira dengan apa yang berlaku. Kami semua di sini pun mahukan dia terus kekal. Untuk Messi, dia harus berdepan realiti. Iaitu realiti yang tak boleh diubah dan dia faham akan perkara itu. Saya doakan yang terbaik untuknya, walau ke mana sahaja dia pergi.”

Messi kini dikaitkan dengan  Paris St-Germain. Messi meninggalkan Barca sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 672 gol. 10 kejuaraan La Liga, 4 UCL, 7 Copa Del Rey dan memenangi 6 Ballon d’Or.

Ditanya adakah Barcelona masih boleh mendapatkan Messi menerusik tajaan baru diterima La Liga dari CVC bernilai EUR2.3 billion.

Laporta berkata: “Satu satunya cara kalau nak juga menerima margin gaji itu [dengan mendapatkan Messi], ia akan meletakkan kelab dalam risiko selama 50 tahun.”

“Saya tidak mahu memberikan harapan palsu dan penuh hipotesis untuk mengekalkan Messi.”

“Legasi Leo adalah luar biasa. Dia mencipta sejarah. Dia pemain yang paling berjaya dalam sejarah kelab ini. Dia menjadi rujukan pada eranya di mana ianya sangat hebat.”

“Ini adalah era terbaik di dalam sejarah Barca setakat ini. Era baru bermula sekarang. Ianya akan ada sebelum dan selepas era Leo.”

Laporta sebelum ini memberikan jaminan bahawa Messi akan tetap menyarung jersi Barcelona. Beliau menjelaskan bahawa situasi kewangan kelab jauh lebih teruk daripada yang beliau jangka.

Beliau awalnya memang menjangkakan Barcelona tidak ada masalah untuk melanjutkan kontrak Messi. Dan dalam manifestonya, mengekalkan Messi adalah keutamaan. Realitinya, keadaan jauh lebih rumit kerana hutang kelab terlalu banyak.

“Kami tak ada enam bulan untuk menyelesaikan semua ini. Kami ada masa yang lebih singkat kerana audit kewangan baru keluar. Angka sebenar membuatkan kami menyedari bahawa situasi ini jauh lebih teruk.”

“Daripada buruk menjadi sangat teruk.”

“Tawaran pertama kami adalah 2 tahun dengan gaji dibayar lima kali dalam tempoh tu. Ketika kami merasakan FFP akan membenarkannya, tiba tiba kriteria baru kewangan keluar. Di sini kami tidak dibenarkan melakukannya. La Liga mendapat tekanan daripada kelab lain agar semua kelab termasuk Barca mengikuti peraturan.”

Laporta merujuk kepada usaha beliau memujuk La Liga memberikan kelonggaran kepada Messi kerana dia adalah nama penting dalam publisiti La Liga.

“Kemudian kami mempersetujui kontrak 5 tahun. Kami ingat, cara itu akan membuatkan FFP membenarkan kami, dan saya pada ketika itu sangat yakin.”

Barcelona Minta Kelonggaran La Liga Untuk Daftarkan Messi Dan Beberapa Pemain Lagi

“Tetapi selepas analisis teknikal daripada jawatankuasa La Liga, kami diberitahu bahawa ianya tidak boleh dilakukan kerana melanggar peraturan.”

Seterusnya Laporta yakin bahawa mereka akan dapat mendaftarkan Eric Garcia, Kun Aguero dan Memphis Depay selepas ini. Kerana ketiga tiga pemain itu sangat bersemangat untuk menyertai mereka.

Baca juga artikel

Barcelona Sahkan Perpisahan Dengan Lionel Messi

Real Kritik La Liga ‘Sign’ Perjanjian Membuta Tuli, Sebaik Sahaja Pengumuman Messi Oleh Barcelona

TERKINI: Hutang Barcelona Hampir €1 Billion, Gaji Januari Tertunggak Termasuk €37 Juta Gaji Messi