Presiden Barcelona, Joan Laporta mengkritik kontrak Mbappe dengan PSG sebagai perosak kepada struktur pasaran pemain.

Laporta juga menganggap kontrak itu sebagai bertentangan dengan prinsip kesatuan Eropah.

Laporta memberikan komen beliau tentang tindakan Mbappe yang membuat pusingan U dengan menandatangani kontrak bersama PSG. Menolak tawaran daripada Real Madrid pada saat akhir.

PSG dilaporkan menawarkan bonus tandatangan mencecah sehingga €300 juta. Kemudian gaji selepas cukai bernilai €100 juta setahun.

Mbappe juga diberikan kuasa pemilik. Dia berhak untuk memilih pemain dan jurulatih yang dia mahu bekerjasama. Selain itu, Mbappe juga diberikan suara dalam isu berkaitan jawatan pengarah sukan.

Mbappe yang tidak sukakan Leonardo sebagai Pengarah Sukan dikatakan hanya memilih semula PSG selepas kelab itu berjanji memecat Leonardo.

Laporta tidak gembira dengan rundingan ini. Dan berkata: “Pemain sekarang akan berakhir menjadi banduan yang terpenjara kerana duit.”

Seterusnya Laporta mempersoalkan kuasa pemilikan Qatar di PSG yang dilihat telah mencabuli semangat Eropah dalam bola sepak. Dan menganggap PSG akan mengganggu kestabilan bola sepak eropah.

“Ianya akan memberikan kesan kepada ketidakstabilan bola sepak eropah.”

Laporta mengakui, sebagai musuh ketat Real Madrid, mereka semestinya suka Mbappe terus kekal di PSG dan menolak Madrid.

Namun atas semangat kesukanan, dia menganggap tindakan PSG itu merosakkan struktur bola sepak Eropah serta pasaran pemain.

“Musuh tradisi kami gagal menguatkan pasukan mereka. Bagi kami, kami akan suka, di mana mereka tidak boleh memberikan masalah kepada kami dengan ancaman lebih besar di atas padang.”

“Namun kita tetap harus mengambil kira isu kesinambungan bola sepak eropah.”

Laporta turut mendengar khabar angin mengaitkan Neymar dengan Barcelona. Di mana PSG dikatakan sedia menawarkan Neymar kepada Barca.

PSG mahu mengurangkan beban bil gaji pemain sebaik sahaja mereka rasmi memuktamadkan perjanjian luar biasa dengan Mbappe.

Laporta menolak sebarang kemungkinan Barca akan membeli Neymar.

“Pemain seperti Neymar atau Messi, hanya bolah sertai kami secara percuma.”

“Jelas sekali pemain pemain ke PSG kerana menjadi hamba duit.”