Joan Laporta hadir dalam majlis pengenalan Daniel Alves di hadapan 10,000 peminat Nou Camp. Di mana bek sisi legenda itu kembali semula ke Barcelona sebagai ejen bebas.

Presiden Barcelona tersebut sangat teruja mengalu alukan kedatangan semula Danie Alves yang sebelum ini membantu kelab menikmati banyak sekali kejayaan.

Laporta dalam ucapannya berkata: “Terima kasih kerana kembali semula. Kita akan lakukannya sekali lagi Dani. Ini adalah hari yang penuh emosi dan ianya ulangan kepada detik kamu datang ke Barcelona.”

“Alves merupakan pemain yang membina karakternya sendiri, seorang yang sentiasa berjuang, berbakat dan menyematkan karakternya di mana sahaja dia berada.”

“Dia adalah pemain dengan jumlah trofi terbanyak di dalam sejarah. Dia memberitahu saya bahawa dia mahu kembali dan membantu pasukan yang dibina ini.”

“Secara fizikal dia seorang yang berbakat. Masih terngiang ngiang lagi kata kata Dani ketika pertama kali tiba di sini. Di mana dia berkongsi pengalaman bahawa dia pernah berjalan dan berlari sejauh 20 kilometer untuk sampai ke sekolah, ketika dia masih kecil.”

“Dia seorang yang suka bersaing dan menyebarkan semangat itu di kalangan pasukan.”

Penyokong kemudian bertanya kepada Laporta tentang laporan bahawa Andres Iniesta dan Lionel Messi yang mahu kembali semula ke Barcelona.

Iniesta baru baru ini menyatakan bahawa dia terfikir untuk kembali ke Barcelona dan membantu kelab itu bangkit semula. Iniesta sedia untuk kembali sama ada sebagai pemain  ataupun staf kejurulatihan jika diperlukan.

Messi menyatakan perkara yang sama beberapa minggu lalu, walaupun tidak terang terangan menyatakan dia mahu kembali bermain di Barca. Messi cuma menjelaskan bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu Barca.

Laporta berkata: “Saya tak nak menepis kemungkinan itu. Sebab sudah berlaku di mana Dani sudah kembali. Dan saya mahu berterima kasih kepadanya kerana dia melihat keadaan kelab yang ada sekarang, lalu tampil mahu membantu.”

“Terima kasih juga kepada Dani kerana membantu kita dari segi ekonomi. Kita akan menilai situasi ini semula, namun Dani sudah menunjukkan usahanya. Kami sangat menghargainya.”

“Mereka ini adalah individu individu yang telah membuatkan kelab ini hebat. Messi dan Iniesta sangat luar biasa. Saya tidak dapat meramal masa depan, dan mereka berdua masih bermain. Usia hanyalah pada angka sahaja.”

“Mereka membantu menjadikan kelab ini hebat. kita tak akan lupa perkara itu, walaupun ketika ini mereka ada kontrak dengan kelab lain. Kamu harus hormatinya, namun dalam hidup ini, apa sahaja boleh berlaku.”

Baca juga artikel

Xavi Mahu Bawa Penyerang Al Sadd Isi Posisi No.9

Kelayakan Piala Dunia: Bergwijn Hantar Belanda Ke Qatar, Norway Dan Haaland Terlepas

Glazer Umum Skim Saham Penyokong