Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Presiden Barcelona, Joan Laporta berjanji akan membawa masuk lebih ramai pemain baharu dalam usaha mengembalikan kegemilangan kelab yang kini dibimbing oleh Ronald Koeman itu.

Perkembangan terbaharu itu menyusul selepas The Blaugrana baharu sahaja melengkapkan perpindahan penyerang prolifik, Sergio Aguero secara percuma dari Manchester City.

Kembali bergelar presiden kelab Catalan itu pada Mac lalu, Laporta mengakui lebih ramai pemain akan dibawa masuk ke Nou Camp di samping beliau turut mahu mengekalkan khidmat Koeman bersama pasukan.

Selepas berjaya mendapatkan Aguero, Barcelona menyatakan minat mendalam untuk mendapatkan khidmat Memphis Depay dari Lyon dan dua pemain yang beraksi dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), Georginio Wijnaldum (Liverpool) serta Eric Garcia (Manchester City)

“Kami mengatakan kepada Koeman bahawa kami cuba untuk mendapatkan Kun Aguero, mana-mana jurulatih di dunia ini mahu dia berada dalam pasukan.”

“Sangat penting dapat menandatangani Kun kerana dia merupakan pemain yang luar biasa, dia bermain di posisi yang sangat penting dalam mana-mana sistem dan buat kami juga,” ujar Laporta menurut sumber laporan Goal.

“Kami mahu dia berada dalam sebuah pasukan yang kompetitif, kami juga mahu Leo [Messi] untuk kekal dan dia mengetahui tentang pekara tersebut.”

“Dia [Sergio Aguero] merupakan rekrut yang pertama Barcelona daripada beberapa orang lagi pemain baharu dimana anda akan dapat saksikannya pada bulan-bulan mendatang,” tambah Laporta lagi.

Baca artikel lain dari kami mengenai Barcelona:

RASMI: Aguero Sertai Barca, Kontrak 2 Tahun Dengan Klausa Pelepasan €100 Juta

TERKINI: Barcelona Dan Aguero Capai Kesepakatan, Depay Menyusul

RASMI: Laporta Presiden Barcelona Sekali Lagi, Tekad Bangkitkan Semula Barca

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group