Barcelona kini masih mencari penaja baharu untuk jersi mereka selepas kontrak semasa dengan Rakuten berakhir.

Selepas tamat musim ini, tajaan Rakuten ke atas Barcelona akan berakhir. Dan kelab tersebut sedang mencari tajaan baharu yang lebih besar.

Barca juga masih berharap akan dapat bekerjasama dengan Rakuten dengan syarat kontrak yang lebih besar.

Rakuten menjadi penaja Barcelona sejak 2017 lagi dengan tajaan bernilai €55 juta semusim. Kontrak tajaan itu kemudian dilanjutkan setahun pada musim lalu kerana situasi covid yang membuatkan tajaan hanya €30 juta semusim.

Dengan impak kewangan yang sangat teruk melanda Barcelona. Kelab itu meletakkan syarat €55 juta semusim untuk mana mana penaja yang mahu menjadi penaja jersi mereka.

Laporan di Sepanyol menyatakan bahawa Rakuten mungkin tidak akan menjadi penaja Barcelona. Dan kelab itu sudah sedia menjadi pengganti.

Jurucakap presiden kelab, Eduard Romeu berkata kepada TV3 Sepanyol: “Sesiapa sahaja yang ingin memaparkan namanya di jersi Barca harus membayarnya [€55 juta semusim].”

“Kami mensasarkan nilai tajaan yang sama seperti kami putuskan sebelum pendemik.”

Bercakap tentang isu tajaan jersi, Presiden Barcelona, Joan Laporta mengimbas kembali detik beliau mengendalikan perkara tersebut buat pertama kali.

Dan Laporta mengesahkan bahawa antara bidaan pertama yang mereka terima untuk tajaan jersi adalah daripada syarikat viagra ataupun ubat kuat lelaki.

Peristiwa itu berlaku ketika kelab pertama kali memutuskan bahawa jersi kelab mereka akan terpampang nama penaja.

Sebelum itu Barca hanya memakai jersi kosong tanpa nama penaja di hadapanya. Peristiwa itu berlaku pada 2006.

Di mana ketika itu Laporta menjadi presiden kelab buat pertama kali dalam kariernya. Kini beliau dipilih sekali lagi untuk menjadi presiden menggantikan Josep Maria Bartomeu.

Namun atas dasar slogan ‘Mes Que Un Club’ (more than a club) yang dianggap simbol bahawa kelab tersebut sebuah institusi yang berprestij, maka mereka menolak terus bidaan tajaan tersebut.

Ini bagi terus mengekalkan standard dan prestij kelab agar kekal berada di tahap tertinggi.

Namun selepas menilai beberapa cadangan, akhirnya Barcelona memutuskan bahawa mereka akan meletakkan nama UNICEF – badan kebajikan kanak kanak sedunia – di hadapan jersi mereka.

Ianya adalah kerjasama amal di antara kelab dan UNICEF. Perjanjian ini berbeza dengan kontrak lain. Di mana institusi yang namanya terpampang pada depan jersi akan menjadi penaja dan membayar wang kepada Barcelona.

Tetapi kali ini, Barcelona membayar agensi tersebut dan menunjukkan bahawa mereka sedang melakukan kerja kerja kebajikan. Memberikan kesedaran kepada dunia tentang peranan UNICEF.

CEO kelab ketika itu, Joan Oliver menganggap ianya tajaan ‘terbalik’ dan bukan ‘ortodok’. Di mana penaja pula meletakkan nama organisasi yang mereka taja pada jersi mereka.

Agak menarik kerana usaha Barcelona keluar daripada jersi kosong ataupun digelar ‘clean’ (merujuk kepada jersi tanpa penaja di depan dan hanya warna kelab sepertimana jersi asal kelab) – mereka memutuskan bahawa mereka tidak menerima tajaan masuk berjuta euro daripadanya.

Ini kerana Barcelona mengekalkan statusnya sebagai kelab yang mementingkan aspek sosial di dalam tradisinya. Mereka ada kewangan yang sangat kukuh. Barcelona menggunakan cara itu untuk mengukuhkan jenamanya, sesuai dengan slogan ‘Mes Que Un Club’.

Pada era tersebut juga Barcelona menuai kejayaan yang sangat luar biasa.

Oliver menjelaskan: “Strategi kami adalah untuk membina FCB sebagai sebuah kelab global, dan bukan hanya pasukan tempatan [di Sepanyol semata mata].”

“Jenama kelab ini adalah aset sebenar kita.”

Oliver menegaskan bahawa, mereka ketika itu turut menerima bidaan daripada syarikat perjudian dari China untuk mempromosi Sukan Olimpik Beijing 2008.

Seterusnya, pada Sabtu lalu, Laporta pula mengesahkan bahawa ketika mereka memutuskan untuk meletakkan nama penaja di hadapan jersi, syarikat viagra antara yang terawal membida hak penajaan.

Laporta berkata: “Ketika era pertama saya menjadi presiden Barcelona, saya menerima banyak tawaran untuk tajaan jersi. Misalnya, syarikat pertaruhan, kemudian syarikat viagara – yang saya rasa tidak begitu sesuai dengan kita.”

“Lalu kita memutuskan untuk memilih UNICEF.”

Pada 2010, presiden Sandro Rosell yang menggantikan Laporta telah mencipta sejarah dengan menandatangani tajaan jersi daripada Qatar Foundation menggantikan UNICEF. Dan kemudian Rakuten mulai menjadi penaja bermula 2017.

Baca juga artikel

Barcelona: Sediakan €55 Juta Semusim Baru Boleh Bincang Nak Letak Nama Anda Depan Jersi Kami

Barcelona Pernah Terima Tawaran €150 Juta Untuk Ansu Fati Dari Kelab EPL

Barcelona Mahu Klopp Atau Tuchel Ganti Koeman