Diego Armando Maradona akan selamanya diingati sebagai salah seorang pemain terbaik yang pernah beraksi dalam arena bola sepak.

Pemergian beliau diratapi seluruh dunia kerana legasinya sangat kuat dan menjadi inspirasi ramai bintang generasi selepas beliau.

Kariernya di Eropah tidaklah terlalu lama. Namun dia memiliki karier luar biasa di Napoli. Maradona juga menjadi pemain termahal dunia ketika melengkapkan perpindahan ke Barcelona pada 1982 dengan nilai £5 juta.

Beliau beraksi 2 musim di Barcelona sebelum ke Napoli. Dengan memenangi Copa del Rey, Copa de la Liga dan Supercopa de Espana.

Laporan scouting Maradona

4 tahun sebelum Maradona menyertai Barcelona, bekas pengurus Argentina, Cesar Luis Menotti telah melakukan scouting yang sangat menarik dihantar ke Barcelona.

Laporan beliau ketika itu adalah tentang pemain remaja 17 tahun selepas menyaksikan Maradona beraksi dalam perlawanan Boca Juniors bertemu Argentinos Juniors.

unnamed (18)

Menotti menyifatkan Maradona sebagai unplayable ataupun tak mampu dihentikan.

Menurut Marca, ini laporan yang diterima oleh Barcelona daripada Menotti pada 1978.

Laporan pemain: Diego Armando Maradona

Gred penilaian: Sangat bagus, luar biasa

Kelajuan: 9.5

Pecutan awal: 9.5

Dengan bola: 9.1

Tanpa bola: 9.5

Lompatan: 8

Kelincahan: 9.5

Kondisi Moral

Kekuatan mental: 10

Mental berdepan kesakitan: 10

Konsentrasi: 10

Mementingkan diri: 0

Personaliti: 10

Teknik secara umum: Tak mampu dikalahkan

Teknik istimewa: Luar biasa, efektif dan sentiasa menggelecek.

Memiliki kekuatan yang hebat.

Memiliki keinginan tinggi

Sangat efisien

Rembatan yang sangat bagus

Hantaran yang sangat bagus

Sangat tepat

Visi permainan yang lengkap

Tenik tandukan yang biasa sahaja

Pemimpin yang bagus

Memiliki kekuatan untuk memenangi semula bola

Teknik melindungi bola yang luar biasa.

Taktikal individu:

Pemain bola sepak lengkap yang pintar. Memiliki naluri bola sepak yang lengkap. Visi yang bagus. Memiliki kepantasan yang efisien

Rumusan secara umum

Masih muda, dilahirkan 30/10/1960.

Dia mempunyai kualiti teknikal yang luar biasa, sangat mudah melakukan gelecekan.

Dia mempunyai penglihatan garis lurus yang menghadap ke gawang, tetapi dia tahu bagaimana melepaskan bola untuk rakan sepasukan yang berada di kedudukan terbaik.

Refleks luar biasa. Dia melindungi bola dengan baik untuk memainkannya dengan segera dengan kecekapan yang hebat. Hantaran pendek dan rembatannya sungguh menakjubkan. Perubahan kadar pecutannya yang luar biasa.

Berdasarkan laporan di atas, satu satunya kritikan ke atas permainan Maradona adalah tandukannya. Mungkin Maradona tidak memfokuskan aspek itu kerana dia hanya berketinggian 5 kaki 5 inci.

Menotti benar benar telah melihat potensi Maradona ini lebih awal.

Baca juga perkembangan lain

Napoli Mahu Tukar Nama Stadium Sempena Nama Diego Maradona

TERKINI: Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Messi: Diego Itu Eterno, Saya Tak Akan Pernah Mampu Jadi Sepertinya, Jauh Sekali