Baru-baru ini sebuah portal bola sepak dari Kemboja mendakwa skuad Harimau Malaya merancang untuk tarik diri daripada meneruskan baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta tidak menyertai Piala Suzuki AFF.

Laporan itu dibuat berdasarkan perkembangan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menarik diri daripada saingan AFC Champions League (ACL) disebabkan oleh larangan kerajaan yang tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menjelaskan laporan tersebut tidak benar dan Harimau Malaya tidak mempunyai perancangan untuk menarik diri daripada pertandingan itu.

“Kami di FAM tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menarik diri daripada mana-mana pertandingan yang dinyatakan itu,” katanya.

Felda United
Sumber Gambar: FAM

Tahun ini, sepatutnya kem latihan pusat diadakan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia pada 22 November 2020. Namun ia tidak berlaku setelah MFL membuat keputusan untuk membatalkan pertandingan Piala Malaysia kerana tidak dapat kelulusan daripada kerajaan.

Setelah mengharungi 5 perlawanan, Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata dan masih berpeluang untuk mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2023 serta pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.

Sudah setahun mereka tidak berkumpul dan berlatih bersama. Kali terakhir skuad Harimau Malaya beraksi adalah pada bulan November 2019 dan berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Thailand dan 2-0 ketika menentang Indonesia.

Situasi itu turut menimbulkan rasa bimbang pada pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe terhadap prestasi semasa pemain yang berehat terlalu lama ketika pasukan lain sudah membuat persiapan rapi dan tetap menjalani latihan sejak bulan lalu.

Berdasarkan kemaskini jadual terbaharu pusingan kelayakan ke-2 Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 zon Asia, skuad Harimau Malaya akan bertemu UAE pada bulan Mac 2021.

Selepas tamat pusingan ke-2 itu, semua 12 pasukan yang layak ke pusingan akhir kelayakan zon Asia akan memulakan perlawanan pada bulan September 2021 dan semua perlawanan pusingan akhir ini akan tamat pada hujung bulan Mac 2022.

Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata selepas mencatat kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand manakala UAE di kedudukan keempat dengan 6 mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Dato’ Windsor John: Penarikan Diri JDT Daripada ACL Tidak Beri Kesan Pada Kedudukan Mata Dan Slot MA

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Selepas Julang AFC Cup 2019, Daniel Gimenez Dikatakan Bakal Membimbing Pasukan Liga Super Di Lembah Kelang