Penggunaan khidmat pemain import sudah menjadi satu kewajiban bagi setiap pasukan yang akan beraksi di Liga Malaysia terutamanya dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana.

Jika mengambil khidmat pemain import, pasukan sudah pasti akan mengeluarkan dana yang besar bagi memastikan pemain yang ditandatangani mempunyai kualiti seperti yang diinginkan.

Di sini, kami senaraikan lapan pemain import termahal dalam saingan Liga Super musim ini versi laman web terkenal iaitu Transfermrkt.

1. Diogo Luis Santo (RM3.8 Juta)

Pemain Import

Sumber Gambar: JST

Diogo menampilkan prestasi luar biasa ketika beraksi di Thai League dan JDT dikhabarkan membayar harga tinggi untuk mendapatkan khidmat beliau pada musim lalu.

2. Gonzalo Cabrera (RM3.6 Juta)

Pemain Import

Sumber Gambar: JST

Sejak menyertai JDT pada, 2017, Cabrera merupakan salah satu pemain sayap terbaik dalam saingan Liga Malaysia.

3. Sanjar Shaakhmedov (RM3.3 Juta)

Pemain Import

Sumber Gambar: Terengganu FC

Sanjar sentiasa menjadi pilihan utama di samping Lee Tuck untuk mengisi jentera tengah pasukan Terengganu.

4. Leandro Velazquez (RM3.3 Juta)

Pemain Import

Sumber Gambar: JST

Leandro kembali menyertai JDT pada 2019 lalu dan penjaring gol kemenangan skuad Harimau Selatan ketika memenangi Piala AFC 2015 itu terus menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama.

5. Mauricio de Nascimento (RM2.8 Juta)

Pemain Import

Sumber Gambar: JST

Mauricio tampil dengan cemerlang setakat ini dimana beliau membantu JDT memenangi Piala Sumbangsih dan menjaringkan gol kemenangan ketika JDT menewaskan Suwon Samsung Bluewings dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2020.

6. Demba Camara (RM1.9 Juta)

Pemain Import

Sumber Gambar: PJ City FC

Demba Camara pernah beraksi dalam saingan Ligue 1 dan beliau dibawa masuk bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan Petaling Jaya City FC.

7. Ifedayo Olesegun (RM1.8 Juta)

Pemain Import

Sumber Gambar: FA Selangor

Sejak menyertai Selangor pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim lalu, Ifedayo terus diberi tanggungjawab untuk memimpin jentera serangan skuad Merah Kuning.

8. Dickson Nwakaeme (RM1.6 Juta)

Pemain Import

Sumber Gambar: Info Terkini

Orang Besi bagi pasukan Pahang ini masih lagi mengekalkan reputasi beliau sebagai salah satu penyerang import terbaik dalam saingan Liga Malaysia. Dickson turut dilantik sebagai ketua pasukan bagi Pahang musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

AFC Sambut Baik Inisiatif JDT Bantu Memerangi Wabak COVID-19

AFC Gesa Pemegang Taruh Liga Malaysia Cari Jalan Tengah

Mat Zan Mat Aris Gesa FAM, MFL Kaji Semula Saingan Piala Malaysia Dan Piala FA

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group