Musim 2020/21 nampaknya sudah dihangatkan dengan perang mulut di antara Frank Lampard dan Jurgen Klopp.

Sebelum ini Jurgen Klopp menyindir perbelanjaan gila gila dilakukan Chelsea melepasi angka £200 juta dalam perpindahan kali ini.

Chelsea membawa masuk Kai Havertz, Timo Werner, Ben Chilwell, Thiago Silva, Hakim Ziyech dan Malang Sarr.

Namun jendela perpindahan di Chelsea masih belum ditutup. Mereka masih berusaha menandatangani penjaga gol dan dikaitkan dengan Declan Rice.

Namun Lampard membalas balik kenyataan Klopp dengan menyatakan bahawa pengurus itu juga berbelanja besar dengan mendapatkan pemain seperti Virgil van Dijk sahaja sudah £75 kita.

Lampard menyatakan, budaya berbelanja besar sudah biasa di kalangan pasukan elit di EPL.

“Saya tak kecewa pun dengan kenyataan itu tetapi saya merasa lebih senang mendengarnya. Agak lucu, itu nak saya katakan,” kata Lampard menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Chelsea menentang Brighton.

“Apabila anda bercakap mengenai pemilik kelab di Liga Perdana, saya rasa tidak penting dari mana asal perniagaan mereka. Kami bercakap mengenai beberapa pemilik yang sangat kaya.”

“Dengan kisah Liverpool, saya rasa ini adalah kisah hebat kelab yang selama lima tahun Jurgen Klopp berada di sana sehingga mereka berjaya mendapatkan rekrut sehingga ke tahap yang sangat tinggi.”

“Kenyataannya adalah, mungkin selain Leicester, kebanyakan kelab yang memenangi Liga Perdana pada zaman moden telah merekrut pemain dengan baik melibatkan wang yang cukup tinggi.”

“Anda boleh melihat melalui pemain Liverpool, Van Dijk, Alisson, Fabinho, Keita, Mane, Salah.”

“Mereka pemain luar biasa yang datang dengan harga yang sangat tinggi. Tetapi Liverpool berjaya melakukannya dalam jangka masa yang panjang.

Lampard kemudian menyatakan mereka tidak melanggar mana mana peraturan untuk membeli pemain yang mereka mahukan.

Dengan perbelanjaan besar musim ini sudah pastinya Lampard mahu memastikan Chelsea menjadi pesaing kejuaraan liga dan piala yang lain terutama sekali UCL.

Baca juga perkembangan lain

Le Classique: 5 Kad Merah Warnai Kekalahan PSG, Neymar Mendakwa Ada Serangan Rasis

EPL: Willian Punca Kesemua Tiga Gol Arsenal

Pihak Messi Tak Profesional Ketika Meminta Keluar Dari Barcelona