Frank Lampard mempertahankan Kepa Arrizabalaga di sebalik kesilapan penjaga gol tersebut ketika melepaskan gol kedua.

Sebaliknya Frank Lampard menuding jari kepada Kurt Zouma di sebalik apa yang berlaku. Ini kerana menurut Lampard, hantaran ke belakang oleh Zouma yang lemah mencetuskan kecelaruan di gawang mereka.

Zouma cuba untuk menghantar bola kepada Kepa, namun dirampas oleh Che Adams. Dan Kepa cuba untuk melakukan sweeping tetapi tak berjaya.

Keadaan menjadi lebih teruk, dalam keadaan kelam kabut, Kepa Arrizabalaga gagal dalam percubaannya mengeluarkan bola buat kali kedua. Che Adams menjaringkan gol kedua Southampton.

Lampard berkata: “Hantaran ke belakang itu tak sampai, dan Kepa cuba menghentikannya.”

“Dan kemudian keadaan kucar kacir di sekitar kawasan tiang gol. Saya tak nampak sangat apa yang berlaku.”

“Tetapi ia adalah gol yang sangat mengecewakan kami, berpunca daripada kami sendiri.”

Chelsea mendahului seawal minit ke-15 dan minit ke-28 menerusi dua gol cantik Timo Werner.

Danny Ings merapatkan jurang gol sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, aksi pertahanan tragik Chelsea memberikan gol penyamaan.

Chelsea kembali di hadapan menerusi seorang lagi pemain Jerman yang baru mereka beli iaitu Kai Havertz.

Namun Chelsea hampa selepas Southampton mencuri 1 mata dari Stamford Bridge menerusi gol oleh Vestergaard yang menyambar half volley Theo Walcott.

Lampard berkata: “Ya, kami kecewa. Dan kecewa menelan hakikat kami keciciran 2 mata.”

“Gol mereka pada akhir separuh masa menukar haluan perlawanan ini. Ia membuatkan mereka kembali ke dalam perlawanan dan merampasnya dari kami.”

“Kami perlukan satu lagi gol untuk memastikan kemenangan. Namun kami gagal dan akhirnya mereka pula yang mendapat gol. Itu yang membuatkan mereka lebih bersemangat.”

Baca juga perkembangan lain

EPL: 3 Gol Lewat Manchester United Pastikan Kebangkitan Ke Atas Newcastle

Keputusan VAR Ini Nafikan 3 Mata Liverpool

12 Pemain Dan Staf Montpellier Positif Covid-19, Namun Harus Terus Beraksi