Jurulatih Chelsea, Frank Lampard tidak dapat menutup kemarahannya terhadap pemainnya.

Lampard menilai pemain Chelsea itu sangat malas sehingga mereka dimalukan pasukan yang kini bergelut dengan prestasi – Arsenal – dengan kekalahan 3-1, ketika mereka mengunjungi markas Arsenal untuk aksi Boxing Day.

“Separuh masa pertama tak cukup bagus, dan separuh masa kedua, ya cukup bagus, namun kami ada gunung untuk didaki [selepas ketinggalan].”

“Kita berjuang pada separuh masa kedua. Pemain menyerlahkan diri mereka, menambahkan lagi kelajuan dalam permainan kita. Itu yang seharusnya kita lakukan daripada awal.”

“Saya bertanggungawab, dan pemain pun harus bertanggungjawab di atas kekalahan ini.”

“Mesejnya sangat jelas, ini adalah perlawanan yang bahaya berdepan pasukan berbakat, berdepan dengan tembok, Derbi London, kami dalam kedudukan di mana kami boleh mendapat gol kedua, dalam kedudukan di mana mereka kelihatan boleh menurun.”

“Beberapa kombinasi bahaya, dan para pemain tahu tentangnya sebelum perlawanan. Jika kamu ada beberapa pemain yang bermain 60-70 peratus sahaja, maka kamu tak akan menang mana mana perlawanan Liga Perdana Inggeris.

“Saya marah sebab saya nak menang perlawanan ini. Hari ini peluang terbaik untuk pergi ke tempat mereka untuk mendapatkan sesuatu, ketika mereka dalam keadaan sukar, anda semua tahu keadaannya,” kata Lampard merujuk kepada prestasi terumbang ambing Arsenal ketika ini.

Malang sekali Chelsea gagal menang ke atas pasukan yang sedang terluka itu.

“Kamu boleh menjadikan situasi lebih sukar kepada mereka ataupun membuka sedikit harapan buat mereka.”

“Kami bermula [dengan tidak cukup bagus] sejak minit pertama sehingga ke-45. Dan kamu mendapat apa yang kamu patut dapat.”

“Memberikan penalti kerana aksi malas, dan malas sehingga memberikan sepakan percuma, saya sangat kecewa dengan cara permainan kami di separuh masa pertama.”

“Dalam bola sepak, itu adalah asas, bukannya tentang taktikal ataupun sistem, adakah kamu mahu sentiasa berlari? atupun membantu rakan kamu.”

“Kamu nak memecut ataupun berjoging? Atau malas untuk berlari? Dan kami mengambil salah satu pendekatan yang pilihan kami salah.”

“Ya, saya memerlukan tindak balas segera dan para pemai harus melakukannya, terpulang kepada mereka.”

Arsenal menang 3-1 ke atas Chelsea dalam aksi derbi London. Tiga gol Arsenal adalah menerusi Lacazette (p), Granit Xhaka dan Bukayo Saka.

Manakala gol saguhati Chelsea dijaringkan Tammy Abraham.

Baca juga perkembangan lain

Boxing Day: Gol Lewat Vardy Buat United Kempunan 3 Mata

Pochettino Bakal Diumumkan Sebagai Pengurus Baharu PSG

Pirlo Kritik Sikap Pemain Menjelang Cuti Natal Dan Persoal Mutu Pengadilan