Saingan Liga Malaysia musim hadapan akan diwarnai oleh empat Feeder Club atau kini yang lebih dikenali dengan istilah pasukan pembangunan yang mana keempat-empat pasukan ini akan beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Johor Darul Ta’zim II, Terengganu FC II dan Selangor II sudah mengesahkan penyertaan mereka dimana satu lagi pasukan dijangka bakal diisi oleh pasukan Perak yang nantinya menjadikan PKNP FC atau menubuhkan pasukan baharu untuk dijadikan sebagai Perak II. Lambakan feeder club ini nyata menerima penerimaan yang berbeza khususnya di kalangan peminat bola sepak tanah air.

Lambakan
Barisan pemain Johor Darul Ta’zim II. Sumber Gambar: JST

Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah mengenakan peraturan dimana pasukan pembangunan tidak dibenarkan beraksi dalam satu pertandingan yang turut disertai oleh pasukan utama. Ini bermaksud pasukan pembangunan tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super meskipun mereka memenangi atau menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Perdana.

Sekiranya TFC II, JDT II, Selangor II dan satu lagi pasukan menamatkan saingan musim 2020 di kelompok empat pasukan teratas, maka pasukan yang berada di tangga kelima dan keenam layak untuk beraksi di Liga Super pada musim 2021 jika tiada perubahan dari segi peraturan dilakukan oleh MFL.

Lambakan
Mukhairi Ajmal dan Harith Haiqal bakal beraksi bersama Selangor II
FOTO: NFDP

Perkara ini nyata memberi kesan dimana pasukan Liga Perdana yang lain akan mengambil sikap sambil lewa sekaligus tahap kompetitif menjadi kurang kerana mereka tidak perlu menyasarkan untuk muncul sebagai juara jika mahu layak ke Liga Super.

Apa yang pasti, MFL perlu mengeluarkan satu peraturan baharu mengenai lambakan pasukan pembangunan ini agar ianya tidak memberi kesan terhadap tahap kompetitif Liga Malaysia. Lebih baik pasukan pembangunan ini diletakkan dalam saingan Liga M3 bagi mempromosikan lagi liga tersebut.

Baca artikel lain mengenai Feeder Club di sini:

Selangor II Bakal Gunakan Khidmat Pemain Import

Roshadi Wahab Yakin Dengan Kemampuan Jordan Mintah

Amirul Hadi Zainal Sertai Staf Kejurulatihan Johor Darul Ta’zim II