Penyokong setia skuad Tok Gajah hari ini terkejut apabila mendapati laman twitter rasmi Pahang FA telah berkongsi satu video lucah daripada akaun yang tidak dikenali.

Ia juga turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong sambil mempersoalkan tahap profesional pengendali akaun tersebut ketika mereka masih dahagakan info rasmi dan perkembangan terkini pasukan menjelang sepak mula Liga Malaysia musim 2020.

Bagaimanapun, pihak media Pahang FA menafikan admin laman twitter tersebut sengaja berkongsi video itu dan mendakwa akaun mereka sebenarnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, mereka telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan menutup akaun tersebut buat sementara waktu.

KENYATAAN RASMI

Posted by Pahang FA on Monday, 20 January 2020

“Laman sosial twitter Pahang FA telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan satu laporan kepada pihak berkuasa telah dilakukan kerana ia telah mencemarkan imej pasukan Pahang.

“Pihak kami memohon maaf di atas perkara yang telah berlaku. Laman tersebut telah pun ditutup buat sementara waktu,” kata kenyataan rasmi yang dikongsi melalui akaun facebook.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan pasukan Pahang melalui pautan di bawah.

Dickson Nwakaeme Mahu Bermain Dengan Pahang Secara Percuma Tanpa Gaji?

Pahang Rangers Jalin Kerjasama Dengan Kelab Terkemuka Sepanyol, Levante UD

Satiananthan Tetap Anggap Pahang Pencabar Terkuat Liga Super 2020 Walaupun Senyap

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group