Barcelona mengalami kekalahan di tempat sendiri ketiga berturut-turut buat kali pertama dalam satu musim dengan kekalahan mengejut kepada Rayo Vallecano dalam aksi La Liga.

Kekalahan Barca menyebabkan Real Madrid berada di ambang kejuaraan, dengan pasukan Carlo Ancelotti memerlukan satu mata daripada lima perlawanan untuk menjadi juara liga musim ini.

Madrid boleh merangkul rekod kejuaraan Sepanyol ke-35 dengan mengelak kekalahan menentang Espanyol pada hari Sabtu.

Rayo memperoleh kemenangan berganda dalam La Liga ke atas Barca menerusi rembatan tajam Alvaro Garcia.

Susulan kekalahan di tangan Eintracht Frankfurt pada suku akhir Liga Europa dan Cadiz dalam La Liga pada Isnin, Barca telah tewas tiga perlawanan di tempat sendiri secara berturut-turut untuk kali kedua dalam sejarah mereka.

Pertama kali ia berlaku pada penghujung musim 1997-98 dan permulaan musim 1998-99 di bawah pengurus Belanda Louis van Gaal. Namun ianya bukan pada musim yang sama.

Barca, yang tahu kemenangan akan memastikan kedudukan empat teratas dan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah akan disahkan, hanya menang dua kali dalam enam perlawanan terakhir mereka.

Skuad kendalian Xavi Hernandez masih berpeluang cerah mendapat tempat empat teratas tetapi prestasi pasukannya akan menjadi kebimbangan buat pemain tengah legenda Barca itu, yang mengambil alih tugas daripada Ronald Koeman pada Oktober.

Koeman dipecat selepas Barca tewas di Rayo dan pasukan dari Madrid itu hanya menjadi pasukan keempat dinaikkan pangkat untuk melengkapkan kemenangan berganda tempat sendiri dan di tempat lawan ke atas Barcelona dalam sejarah La Liga dan yang pertama sejak 1997-98.

Gerakan cantik Garcia membolehkan dia mengutip hantaran yang sangat baik daripada Palazon di hadapan pertahanan Barcelona, ​​Sergino Dest dan menewaskan penjaga gol tuan rumah Marc-Andre ter Stegen di tiang dekatnya dengan rembatan rendah.

Barcelona mendominasi penguasaan bola ketika mereka mencari gol penyamaan, dengan percubaan Gavi terkena palang.

Pasukan tuan rumah terus mengasak pada separuh masa kedua dan, setelah memasukkan penyerang Memphis Depay, Luuk de Jong dan Adama Traore.

Namun mereka gagal menembusi benteng pertahanan lawan yang kental dan berdisiplin.

Penjaga Rayo Stole Dimitrievski melakukan beberapa penyelamatan yang penting. Barca terus gagal mendapatkan gol penyamaan walaupun masa kecederaan diberikan sekitar 14 minit.