Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi penjelasan lanjut mengenai kegagalan mereka mencari tuan rumah bagi saingan Piala AFC zon Asean sehingga menyebabkan saingan itu terpaksa dibatalkan.

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata dua pasukan baharu iaitu Lalenok United dan Visakha diberi tawaran bagi menjadi tuan rumah.

Namun, atas sebab-sebab tertentu kedua-dua pasukan tidak dapat menjadi tuan rumah sekaligus terpaksa menolak tawaran yang diberikan oleh badan induk bola sepak Asia itu.

Tambah Datuk Windsor, keputusan untuk membatalkan saingan zon Asean merupakan satu keputusan yang menyedihkan bagi badan itu kerana mereka mahu memberi peluang kepada kelab-kelan di Asia bagi beraksi di peringkat tertinggi.

Sebelum ini, Singapura dipilih sebagai tuan rumah namun mereka menarik diri pada saat akhir di atas beberapa faktor yang tidak dijelaskan.

Kemudiannya Indonesia dilaporkan bakal menjadi pengganti kepada Singapura akan tetapi tiada perkembangan lanjut daripada negara jiran sama ada mahu menjadi tuan rumah atau sebaliknya.

Dua kelab Malaysia, Terengganu dan Kedah Darul Aman terpaksa berputih mata untuk beraksi dalam saingan edisi musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

JDT Sekadar Terikat Tanpa Jaringan Dengan Ratchaburi

Andik Vermansah Menyesal Pilih Gaji Besar, Tolak Tawaran Bermain Di Amerika Dan Jepun

RASMI: Saingan Piala AFC 2021 Zon ASEAN Sah Dibatalkan