Juara Liga Perdana musim ini, pasukan Sabah masih lagi mencari ketua jurulatih baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan setelah Jelius Ating bakal menggalas tugas sebagai pembantu jurulatih.

Usaha skuad Tembadau dilihat telah menemui titik terang dimana lagenda yang pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto disebut-sebuta bakal mengendalikan pasukan itu musim hadapan.

Kurniawan bukanlah satu nama yang asing dalam arena bola sepak Indonesia dimana beliau pernah menyarung jersi skuad Garuda dari tahun 1995 hingga 2005. Pemain yang diberikan gelaran Kurus itu membuat penampilan sebanyak 59 kali di pentas antarabangsa dan telah menjaringkan 33 gol.

Di peringkat kelab, Kurniawan juga pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia dengan mewakili Sarawak selama satu musim pada musim 2005 lalu. Selain itu, beliau juga pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama di Indonesia seperti Persija Jakarta, Persebaya Surabaya serta PSM Makassar.

Lagenda

Sumber Gambar: sportku.com

Dalam dunia kejurulatihan, Kurniawan pernah menjawat jawatan sebagai penolong jurulatih pasukan Indonesia pada 2018 sebelum diberikan tugas bagi membantu Indra Sjafri bagi mengendalikan skuad B-22 tahun dalam temasya Sukan SEA 2019.

Jelius Ating terpaksa diturunkan pangkat berikutan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan ketua jurulatih bagi pasukan Liga Super perlu memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Baca artikel lain mengenai pasukan Sabah di sini:

Sabah Bakal Lantik Ketua Jurulatih Pasukan Baharu

Sabah Mahu Bawa Masuk Pemain Bintang Hadapi Liga Super 2020

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group