Lagenda Brazil, Ronaldinho kini disahkan positif wabak COVID-19 walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Justeru itu, bekas pemain Barcelona itu terpaksa menjalani proses kuarantin kendiri di Belo Horizonte, ibu kota Minas Gerais di tenggara Brazil.

Belo Horizonte adalah tempat dimana beliau bermain dengan kelab Atletico Mineiro dan ujian saringan COVID-19 dibuat untuk menentukan status kesihatanya.

“Saya tiba di BH (Belo Horizonte) semalam, saya ambil ujian COVID dan disahkan positif. Saya baik-baik sahaja dan tiada sebarang simptom setakat ini,” kata pemenang Piala Dunia 2 kali itu melalui laman instagramnya.

2 bulan lepas, Ronaldinho dibebaskan dari penjara di Paraguay setelah lima bulan ditahan kerana memiliki pasport palsu. Beliau ditahan bersama abangnya, Roberto de Assis Moreira.

Mereka berdua ditahan selama sebulan di penjara dan empat bulan lagi di bawah tahanan rumah di sebuah hotel di ibu kota Paraguay, Asuncion, dengan pertuduhan yang sama.

Ronaldinho turut menjelaskan beliau akan sentiasa berada di hotel sehingga keadaan kesihatanya kembali pulih sepenuhnya.

Baca artikel lain mengenai Ronaldinho yang pernah dilaporkan oleh VOCKE FC sebelum ini. 

Messi Bengang Dilapor Bayar Ikat Jamin Ronaldinho Sebanyak RM6.4 Juta

Ronaldinho Akhirnya Bebas Dari Penjara Selepas Diikat Jamin Sebanyak RM6 Juta