Bekas bintang tengah Barcelona, Xavi Hernandes dilaporkan telah dijangkiti wabak COVID-19 menurut kenyataan rasmi daripada kelabnya, Al-Sadd hari ini.

Situasi itu menyebabkan beliau yang juga merupakan pengurus kelab itu bakal terlepas peluang untuk aksi liga bertemu Al Khor pada hari esok.

Pengendali yang berusia 40 tahun itu baru sahaja menandatangani kontrak lanjutkan selama setahun dengan Al Sadd dan kini sedang dirawat di sebuah hospital.

“Beberapa hari lepas, saya disahkan positif dalam ujian saringan ketika mengikuti protokol yang ditetapkan oleh Qatar League.

“Bagaimanapun, saya rasa ok dan tetapi perlu dikuarantin sehingga semuanya pulih. Apabila pegawai kesihatan beri kebenaran, saya akan kembali semula ke rutin dan kerja saya,” kata Xavi dalam satu kenyataan di media sosial.

Hampir 4 peratus daripada jumlah populasi di Qatar dijangkiti wabak pandemik dengan 108,638 kes baharu telah dicatatkan sejak hari pertama menjadikan negara itu berada dalam kategori tertinggi di Asia.

Tugas Xavi akan dipangku oleh pembantunya, David Prats dalam perlawanan pertama Liga Qatar sejak ia ditangguhkan pada bulan Mac lepas.

“Hari ini saya tidak dapat menyertai pasukan dalam perlawanan menentang Al Khor dan David Prats akan berada di situ menggantikan tempat saya,” katanya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pegawai Liga Qatar dan juga Al Sadd diatas kerjasama mereka dalam membendung virus ini dan memastikan perlawanan dapat berjalan dengan lancar,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Bekas Jurulatih Sarawak, Robert Alberts Diserang Sakit Jantung

Pemain Keturunan Indonesia Bakal Beraksi Di Liga Perdana Inggeris Musim Depan

Pemegang Hak Penyiaran Tegas Dengan Pendirian, Wang Hak Penyiaran Thai League ‘Dipotong’ Sehingga 66%?