Sebelum ini Alexandre Lacazette dan Emi Martinez bergaduh di media sosial. Di mana pada musim lalu, Lacazette mempertikaikan kenapa tiada penalti sedangkan dia ditarik oleh Martinez.

Namun Martinez mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa Alexandre Lacazette yang menolaknya dahulu.

Kepulangan Martinez ke Emirates sepatutnya disambut dengan sorakan penghargaan kerana jasanya ketika membantu Arsenal memenagi Piala FA dan juga Perisai Komuniti.

Namun sebaliknya yang berlaku.

Martinez menjadi figura paling kontroversi di Emirates semalam. Di mana penyokong Arsenal bersorak chant: “Martinez kamu cumalah ‘shit Aaron Ramsdale’.” Dan kemudian satu lagi chant jelas berbunyi: “Martinez, Aaaron Ramsdale lagi bagus daripada kamu.”

Penyokong Arsenal sebelum ini sangat sayangkan Martinez malah mengecam tindakan kelab yang melepaskan pemain itu.

Namun tindakan Martinez yang beberapa kali memperlekehkan dan merendah rendahkan Arsenal di media memakan diri. Antaranya, Martinez menganggap Arsenal tidak berhak mendapat Emi Martinez.

Selain itu, Martinez turut menyatakan bahawa, keluar dari Arsenal merupakan satu ‘upgrade’ dalam kariernya.

Tidak cukup dengan itu, Martinez terus muncul dengan beberapa kenyataan tentang Arsenal. Sehinggakan peminat mulai meluat dengan dia dan legasinya hancur kerana mulutnya.

Di atas padang, Martinez semalam cuba beraksi terbaik. Namun beliau bolos juga di tangan Thomas Partey.

Lacazette meraikan gol tersebut di hadapan Martinez.

Kemudian Arsenal mendapat sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama. Ianya selepas Matt Target menjatuhkan Lacazatte.

Martinez kemudian dilihat bengang dan cuba bermain perang saraf.

Dia seringkali melakukan trash talk ataupun menganjing lawannya ketika penalti, sama ada ketika bersama Argentina ataupun bersama Villa. Paling popular ketika dia memperlekehkan Bruno Fernandes dengan meminta Cristiano Ronaldo untuk mengambil sepakan penalti dalam aksi berdepan Man United.

Martinez berkata dia mahukan pelaksana penalti terbaik yang mengambil penalti itu, iaitu Cristiano Ronaldo bukannya Bruno Fernandes. Ronaldo kelihatan bengang ketika itu dengan taktik Martinez itu.

Kemudian Fernandes juga dilihat terkesan dengannya dan merembat tinggi melewati palang gol.

Dalam aksi berdepan Villa, Martinez dilihat cuba mara ke ara Pierre Emerick Aubameyang untuk melancarkan satu lagi trash talk.

Lacazette terus memarahi Martinez dan meminta penjaga gol itu pergi ke arah garisan dia patut berada.

Tindakan Lacazatte itu membuktikan bahawa dia sudah bersedia dengan situasi seperti itu dan tahu apa yang akan dilakukan Martinez.

Aubameyang sebenarnya gagal menyempurnakan penaltinya kerana ditepis Martinez. Namun tepisan itu terlalu lemah dan membolehkan Aubameyang melakukan susulan, kali ini tiada masalah untuk masuk.

Ramai peminat Arsenal di media sosial troll Martinez menyatakan penjaga gol itu sebenarnya sudah melakukan assist kepada Aubameyang.

Dan malam terus tidak berpihak kepada Martinez kali ini apabila dia bolos lagi dengan cara yang sukar dikawalnya. Di mana rembatan Smith Rowe terbias pada kaki Mings dan bola masuk.

Villa membalas dengan gol saguhati menerusi Jacob Ramsey. Dan akhirnya Martinez meninggalkan Emirates kali ini dengan kesugulan.