Seorang bekas pemain import pasukan Melaka United, Labinot Harbuzi, disahkan meninggal dunia hari ini pada usia 32 tahun oleh bapanya Ismet melalui satu laporan oleh SportBladet.

Menurut SportsBladet, bekas pemain Malmo FF dan juga skuad Sweden U21itu dikatakan telah rebah kira-kira jam 10 pagi dirumahnya akibat serangan jantung dan telah dibawa ke hospital menggunakan ambulan tetapi tidak berjaya diselamatkan.

Rakan baik beliau Paweł Cibicki memberitahu telah berjumpa dengan Labinot Harbuzi semalam dan beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mengalami kesakitan atau penyakit.

labinot harbuzi

Labinot Harbuzi menyertai Melaka United pada November 2015 dan beraksi selama 1 musim sahaja sebelum dilepaskan pada penghujung musim 2016. Selepas tamat kontrak bersama Melaka United, Labinot Harbuzi tidak beraksi untuk mana-mana kelab sehingga hari ini.

Minggu lalu, Labinot Harbuzi telah dihubungi oleh seorang wartawan Erik Niva bertanyakan mengenai karier bola sepaknya dan beliau memberitahu ianya masih belum berakhir.

 

Sumber