Jurulatih Leganes, Javier Aguirre mengatakan bahawa LaLiga akan bersambung semula pada 20 Jun di tengah wabak koronavirus.

Kelab La Liga kembali menjalani latihan untuk mempersiapkan diri bagi sambungan bakik kempen ini, setelah ditangguhkan pada bulan Mac.

Javier Tebas, presiden La Liga, mengatakan akhir bulan lalu bahawa beliau berharap pertandingan musim ini dapat dimulakan pada pertengahan bulan Jun.

Bercakap kepada Marca Claro pada hari Khamis, Aguirre menegaskan bahawa La Liga akan disambung semula pada 20 Jun.

Beliau mendapat tahu informasi tersebut selepas telesidang di antara lembaga pengarah La Liga.

“Kami kini dah ada tarikh memulakan semula – LaLiga akan bermula semula pada 20 Jun dan kami akan selesai secara rasmi dalam masa lima minggu, pada 26 Julai,” katanya.

“[Perlawanan] akan dimainkan pada hari Sabtu, Ahad, Rabu dan Khamis untuk 11 [baki] perlawanan.”

“La Liga telah mengesahkannya kepada saya secara rasmi dan jadi saya gembira, kerana sekarang kami sudah menjalani latihan.”

“Kami akan bermula esok. Nasib baik, kami lulus ujian [coronavirus] kami.”

Barcelona mendahului dua mata ke atas Real Madrid dengan 11 perlawanan lagi untuk dimainkan ketika musim ini ditangguhkan.

Pasukan bimbingan Aguirre, kini berada di zon penyingkiran, tiga mata dari zon selamat.

Sebelum ini La Liga telah mengucapkan syabas kepada Bundesliga kerana sudah mengesahkan bahawa liga mereka akan kembali bersambung pada 16 Mei ini.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Barcelona Kerugian £121 Juta Kerana Koronavirus, Bayangkan Pula Kelab Kecil

EPL Rancang Kembali 12 Jun Dengan Beraksi Di 8-10 Stadium

Tuntutan Pemain Wanita AS Dibayar Sama Rata Dengan Lelaki Ditolak Mahkamah