Real Madrid semakin menghampiri kejuaraan La Liga ke-34 dalam sejarah kelab mereka selepas menang 2-1 ke atas Granada.

Kali terakhir Real Madrid memenangi kejuaraan La Liga adalah 3 tahun yang lalu pada musim 2016/17.

Dengan Barcelona yang keciciran mata dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Real Madrid berjaya menggunakan kesempatan sebaik mungkin.

Gol daripada Ferland Mendy dan Karim Benzema memberikan kelebihan kepada Real Madrid untuk mengembalikan jarak 4 mata dengan pencabar terdekat serta musuh tradisi mereka Barcelona.

Dengan berbaki dua lagi perlawanan, Real Madrid kini mengumpul 83 mata dan Barcelona pula dengan 79 mata.

Mendy merembat cantik bola untuk gol pembukaan. Menjadikan beliau pemain Real Madrid ke-21 menjaringkan gol dalam liga musim ini.

Benzema menjadikan kedudukan 2-0 dengan gol peribadi ke-19 beliau pada musim ini.

Benzema ternyata pemain terbaik Real Madrid pada musim ini. Hanya satu gol daripada jaringan ke-20 beliau dalam semusim.

Walaupun Darwin Machis berjaya menjaringkan satu, namun Real Madrid memastikan tiga mata milik mereka.

Hasrat Real Madrid mahu menghalang Barca daripada menjuarai kejuaraan hatrik (tiga kali berturut-turut) sekali lagi, nampaknya semakin menjadi kenyataan.

Real Madrid tetap perlu waspada dan perlu mengelak daripada sebarang kesilapan.

Baca juga perkembangan lain

Obafemi Buat United Kekal Kelima

TERKINI: CAS Tolak Hukuman UEFA, Man City Tidak Bersalah

Apa Dah Jadi Dengan Leicester, Kini Impian Ke UCL Kian Hancur