Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Real Madrid memenangi el clasico dengan menewaskan Barcelona 2-1 di halaman sendiri.

Kemenangan yang membolehkan Real Madrid memintas Baecelona dan Atletico Madrid dalam carta liga. Dan ini juga pertama kali sejak Disember, juara bertahan, berada di puncak liga.

Masih segar daripada kejayaan menewaskan Liverpool dalam aksi UCL di Estadio Alfredo Di Stefano, Real Madrid meneruskan momentum kemenangan dengan menewaskan musuh tradisi, Barcelona.  Perlawaan yang berkemungkinan menjadi penentu kejuaraan musim ini.

Dua gol Real Madrid adalah menerusi flick cantik Karim Benzema dan juga sepakan percuma Toni Kroos yang terbias pada benteng pertahanan lawan.

Oscar Mingueza merapatkan jurang gol pada baki 30 minit terakhir perlawanan untuk menjadikan aksi lebih mendebarkan. Ianya memberikan harapan kepada Barca untuk mencipta kebangkitan.

Casemiro dibuang padang pada minit ke-90. Namun ianya tidak memberikan impak kepada pertahanan Real Madrid yang berjaya memastikan mereka tidak bocor lagi.

Kemenanga ini bukan sahaja membolehkan Real Madrid melonjak ke tangga teratas, namun menjadikan ianya rekod pertama kali Real Madrid menang 3 perlawanan berturut turut ke atas Barcelona sejak 1978.

Dalam pada itu, Atletico berpeluang mendapatkan semula tempat pertama pada aksi Ahad menengang Real Betis. Seri sudah memadai buat skuad bimbingan Simeone untuk kembali ke persada liga.

Lionel Messi kini gagal menjaringkan sebarang gol dalam 7 aksi el clasico berturut turut.

Baca juga artikel:

EPL: Rembatan Arnold Lengkapkan Kebangkitan Liverpool, Tamatkan Badi Anfield

EPL: Leeds Menang Dengan 10 Pemain Dan Cuma 2 Percubaan Sahaja

Realiti Bola Sepak Malaysia Daripada Situasi Perak Dan Sabah, Mana ECP?

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group