Real Madrid terpaksa membayar harga yang tinggi selepas pemain mereka dibuang padang pada awal perlawanan. Eder Militao dibuang padang hanya ketika perlawanan baru 9 minit.

Real Madrid melayan kunjungan Levante tanpa kapten mereka Sergio Ramos. Sepatutnya iniliah peluang Eder Militao membuktikan kemampuan sebenarnya.

Real Madrid ghairah menyerang pada awal perlawanan. Dan mereka diserang balas oleh Levante. Militao kemudian menghentikan lawannya dengan melanggar dari belakang.

Pengadil awalnya melayangkan kad kuning. Namun selepas konsultansi VAR, pengadil menukar warna kad kepada kad merah. Bermaksud Real Madrid perlu bermain 81 minit dengan 10 pemain.

20210130-The18-Image-Eder-Militao-Red-Card-GettyImages-1299450788

Real Madrid tetap terlebih dahulu di hadapan menerusi Marco Asensio pada minit ke-13. Di mana pemain antarabangsa Sepanyol itu menyempurnakan serangan balas pantas dengan merembat kemas ke dalam gawang lawan.

Kredit kepada hantara laser daripada Toni Kroos yang sangat cantik.

Levante membalas gol tersebut pada minit ke-32 menerusi separa voli yang cantik daripada Jose Luis Morales.

Real Madrid kemudian memberikan penalti kepada lawan. Pada awalnya pengadil menyatakan kekasaran di luar kotak penalti. Tetapi menukar kepada penalti selepas melihat di skrin VAR.

Courtois berjaya melakukan save yang sangat cantik menafikan penalti daripada Roger Matri tersebut.

Courtois sangat sibuk dalam perlawanan ini di mana beliau secara keseluruhannya mencatatkan 6 saves.

Namun begitu, Matri menebus kegagalannya dengan melakukan voli cantik dari dalam kotak penalti menewaskan Courtois pada minit ke-78.

Tamat perlawanan Real Madrid tewas 1-2 di gelanggang sendiri. Sekaligus menyukarkan usaha mereka untuk mempertahankan kejuaraan mereka musim ini.

Real Madrid berada 7 mata di belakang pendahulu liga Atletico yang kini memiliki 2 perlawanan dalam tangan mereka.

Real Madrid juga hanya 3 mata di atas Barcelona yang masih belum turun beraksi.

Ini merupakan kekalahan keempat Real Madrid pada musim ini dalam saingan La Liga.

Kemenangan berharga ini membolehkan Levante berada di tangga kesembilan.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Terikat Dengan Arsenal Di Emirates, United Gagal Ikat City Di Puncak Liga

Tuchel Mahukan Haaland Dan Alaba

EPL: Sadio Mane Cemerlang Bantu Liverpool Tewaskan Spurs