Permulaan musim yang sangat sukar untuk Barcelona. Ini apabila skuad bimbingan Ronald Koeman mencatat satu lagi kekalahan dalam aksi La Liga.

Rekod kemenangan panjang Barcelona ke atas Rayo Vallecano berakhir pada Rabu. Apabila mereka tewas 1-0 di Estadio de Vallecas.

Kekalahan ini hadir selepas kekalahan di el clasico beberapa hari lalu. Di mana Barcelona kalah 1-2 di tangan Real Madrid.

Kali ini, bekas penyerang Atletico, Radamel Falcao menjadi penjaring gol tunggal kemenangan Rayo Vallecano.

Falcao menjaringkan gol itu pada separuh masa pertama. Sebelum ini Barcelona mencatatkan 13 kemenangan berturut turut ke atas Rayo dalam La Liga. Dengan catatan rekod 4.3 gol per perlawanan.

Lebihb teruk, Memphis Depay gagal menyempurnakan penalti pada separuh masa kedua.

Prestasu Marc-Andre ter Stegen harus dipuji kerana menyelamatkan Barca daripada bolos lebih banyak terutama sekali ketika menafikan peluang gol Oscar Trejo.

Aguero yang beraksi baik dalam aksi el clasico dan membuka akaun gol beliau sebelum ini, kali ini tumpul.

Kekalahan ini seolah olah membuatkan Barcelona semakin sukar untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.

Barca kini berkedudukan di tangga ke-9 dalam carta liga. Selepas 10 perlawanan, Barca menang 4 kali, seri 3 kali dan kalah 3 kali.

Tekanan terus dirasai Ronald Koeman. Di mana semakin ramai peminat Barca melaungkan Koeman Out pada ketika ini.

Sebelum ini, kereta Koeman diserang oleh penyokong Barca selepas kekalahan di tangan Real Madrid.

Beberapa jam selepas kekalahan itu, Ronald Koeman dipecat oleh Barcelona dengan serta merta.