Real Madrid memenangi derbi Madrid menentang Atletico Madrid di Stadio Alfredo di Stefano.

Sekaligus menghadiahkan kekalahan pertama kepada skuad bimbingan Diego Simeone musim ini.

Luka Modric menguji Oblak seawal minit ketujuh menerusi percubaan jarak jauh. Ianya diikuti oleh usaha daripada Karim Benzema kira kira 3 minit kemudian.

Real Madrid mendapat gol pertama mereka pada minit ke-15 menerusi bintang Brazil, Casemiro yang menyambar sepakan sudut Toni Kroos.

https://twitter.com/i/status/1337854623474921474

Real Madrid ternyata pasukan yang lebih baik dari segi kawalan intensiti dan ketenangan di atas padang.

Atletico yang diketuai Luis Suarez di barisan serangan berdepan kesukaran untuk memecah kebuntuan. Mereka hilang percikan kreativiti.

Separuh masa pertama berkahir dengan 1-0 memihak Los Blancos.

Pada awal separuh masa kedua, Sergio Ramos cuba merembat trerus daripada sepakan percuma minit ke-51. Ia gagal menepati sasaran.

Kurang 3 minit selepas itu, Thomas Lemar sepatutnya menyamakan kedudukan. Namun beliau hanya mampu merembat terbias pada jaring.

Akhirnya Atletico Madrid dihukum sekali lagi pada minit ke61. Dani Carvajal melakukan rembatan separa voli yang terkena tiang dan kemudian terpantul masuk dari belakang Oblak.

Saul Niguez melakukan tandukan jarak dekat pada minit ke-80, Courtois bagaimanapun cemerlang menyelamatkan percubaan itu.

Tamat perlawanan Real Madrid memutihkan kota Madrid.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Lampard Pertahan Mendy, Anggap Penjaga Itu Hebat Sejak Hari Pertama

Derbi Manchester: 1 Mata Dikongsi

Borussia Dortmund Dibelasah Stuttgart Di Halaman Sendiri